Tuesday, November 4, 2008

RASUAH MUSUH NO 1 NEGARA.

Kami rakyat malaysia mendesak kerajaan mengambil langkah yang perlu untuk membebaskan media yang menjadi wahana utama untuk menyedarkan rakyat memerangi rsuah dengan meminda akta yang membatasi laporan mengenai rasuah di negara ini.Kebebasan maklumat penting untuk memperkasa rakyat supaya peka dansedar terhadap bencana rasuah.Malangnya kerajaan masih tidak menghiraukan desakan diwujudkan`Freedom of Informatian ACT`(FOIA) di negara ini malah undang undang yang menyekat kebebasan maklumat seperti Akta Rahsia Rasmi(OSA) masih terus berkuasa.Kerajaan bertanggungjawab terhadap keadaan ini dan membuat penjelasan mengapa sehingga ke hari ini,sebuah pemerintahan yang dimulakan dengan janji untuk memerangi rasuah tidak melakukan sebarang tindakan konkrit untuk memperkasakan setiap elemen masyarakat yang releven dalam membenteras rasuah.Kerumitan dan kekaburan dalam proses kelulusan serta pelesenan oleh pelbagai pihak berkuasa tempatan dan berkanun sebagai penyumbang kepada masalah rasuah.Budaya"senyap" di malaysia apabila pihak yang menyaksikan rasuah enggan bersuara dan melaporkan kes itu.Kerajaan mesti memberi isyarat jelas kepada dunia bahawa malaysia memandang serius masalah rasuah dinegaranya dengan melakukan langkah-langkah pro aktif yang meyakinkan.Kerajaan juga harus bertindak dengan menubuhkan segera Suruhanjaya Bebas membaikpulih instusi BPR bagi mengembalikan kewibawaan badan tersebut.Badan ini juga harus di letakkan di bawah parlimen bagi membebaskannya daripada konkongan dan campurtangan Perdana Menteri.Kegagalan kerajaan untuk bertindak keatas kes berprofil tinggi dan korupsi adalah petanda awal sebuah negara yang gagal(failed state).
Janganlah kita anggap orang yang sudah dewasa dan bekerja itu tidak tahu bahawa mencuri duit kerajaan dan syarikat itu salah,tidak menjalankan tanggungjawab yang diberikan itu salah.Mereka tahu tetapi tidak peduli.Hanya dengan satu jalan dan jalan itu bukan dengan forum,khutbah atau indek rasuah.Sema itu tiada kesan langsung.Apa yang paling berkesan ialah kita perlu kepada pemimpin yang betul-betul berazam kuat untuk membeteras rasuah.Ini sama seperti satu peperangan.Pemimpin itu seperti layaknya jeneral perang,mesti mempunyai pasukan yang kuat dan sokongan yang padu daripada pegawai di bawahnya.
Politik wang yang diheboh-hebohkan dalam dada akhbar sebenarnya merendahkan taraf pemikiran politik dengan pengaruhnya yang tidak disedari seperti pemborosan belanja,memuja pemimpin yang berlebihan,menghebohkan soal remeh temeh,berfikiran cetek,tidak ada kesanggupan mengolah masalah-masalah besar,berlumba-lumba hendakkan gelaran,perhimpunan dijadikan tempat gelak ketawa dan asyik mendengar suara tiung yang berkumandang tapi tidak diamalkan dan difahami.
Semua orang tahu dan faham bahawa rasuah ini adalah perkara yang tidak baik dan boleh merosakkan keewangan negara,menjatuhkan beberapa kerajaan yang besar bahkan jika di tanya kepada orang yang mengamalkan rasuah mereka tetap mengatakan rasuah itu tidak baik.Punca utama bukan kerana mengisi perut yang lapar atau hendak minum air buat hilang kehausan tapi adalah untuk memegang kuasa dan kedudukan.Inilah anasir yang tidak sihat yang patut dijauhi.Bagi mencegah amalan rasuah ini,setakat menggunakan undang-undang saja tidak mencukupi kerana undang2 itu bertindak atas perkara2 yang berlaku dan bergantung pada kebebasan orang yang menjalankan undang-undang itu.Islam mengajar umatnya melakukan yang maaruf dan mencegah mungkar.Yang utama untuk mencegah amalan rasuah ini mestilah tiap2 orang terutama sekali orang islam mengamalkan akhlak yang baik dengan menghitung dosa dan pahala,neraka dan syurga.Sehubungan itu,semua penyakit rasuah ini perlu dibuang segera jika tidak kita akan dilaknat di dunia dan akhirat.

No comments: