Saturday, December 6, 2008

TRAJEDI TANAH RUNTUH.

Tidak sampai seminggu sudah 3 kali kejadian tanah runtuh berlaku.Yang pertama berlaku di Ulu Yam yang melibatkan seorang jurutera.Kejadian seterusnya di Jalan Semantan melibatkan kawasan bersebelahan bangunan CIDB dan yang tebaru ialah banglo di Bukit Antarabangsa.

Pelik tapi melucukan semacam kejadian telah dirancang tapi kuasa Allah tiada siapa yang dapat menghalang semua itu dan sebagai rakyat malaysia dan pihak yang berwajib hendaklah mengambil iktibar atas apa yang berlaku.

Semua ini berpunca dari kesilapan manusia serta agensi yang terlibat dalam meluluskan projek mewah ini demi mendapat keuntungan tanpa memikirkan akan ada nyawa yang melayang.Sepatutnya perkara ini tidak berlaku jika semua agensi dan pemaju telus,amanah dalam melakukan kerja-kerja ini dan meluluskan projek tanpa ada agenda yang lain.Unsur rasuah mungkin juga berlaku dalam keadaan ini disebabkan tanpa ada pengawalan dan keadaan kawasan kejadian tersebut.

Sejak peristiwa Highland Tower lagi semacam ada hangat-hangat tahi ayam bila kerajaan gagal dalam mempastikan bahawa mendirikan kediaman di lereng-lereng bukit tidak sepatutnya dilakukan namun perkara itu di lupakan dan selepas itu banyak lagi kediaman di dirikan tanpa ada kajian yang menyeluruh.

Ini kerana ingin mendapat keuntungan semata-mata dan bila kejadian ini berlaku masing-masing menunding jari dan tidak gunanya jika diperingkat awal semua agensi yang terlibat memikirkan keburukan yang akan menimpa.

Harap-harap selepas ini tiada lagi kejadian seumpama ini akan berlaku pada pihak yang lain dan kajian dan kebaikan perlu di cari agar sesuatu projek yang akan dilakukan nanti hendaklah dibuat secara telus

No comments: