Tuesday, March 24, 2009

Melayu perlu berubah.

Kemiskinan orang melayu hari ini berpunca dari tiga sebab.Pertama;produktiviti yang rendah,penindasan dan keadaan yang terabai.Pentingnya orang melayu hari ini menukar perspektif dan pemikiran mereka tentang hidup,tentang usaha dan tentang mencari kekayaan.Hari ini nasib orang melayu yang rata-ratanya masih ketinggalan dari segi ekonomi boleh diubah asal saja pemimpin bersedia memaksa orang melayu untuk melakukan sesuatu yang baru.
Ada perbezaan yang ketara antara dulu dan sekarang.Antara Rmk 9 dengan Rmk 8 atau Rmk 7.Ini satu perubahan yang besar dan sangat nyata.Idea utama sebelum ini ialah satu kepercayaan bahawa malaysia akan maju dari segi industri ,menjual perkhidmatan dan keewangan.Idea sebelum ini ialah pembangunan industri akan membawa kepada kemajuan negara.Kalau nasibnya baik,kemajuan ini akan'Trickle Down' (meleleh) kekawasan luar bandar dan desa.Tapi masaalahnya ialah orang lain dapat sungai,orang melayu secara sebaliknya dapat titis-titisnya saja.
Contoh kepada idea ini sebahagianya boleh kita lihat pada Putrajaya yang ada bangunan cantik dan sebagainya,tapi kalau kita bandingkan dengan keadaan di desa,di kedah dan kelantan misalnya,kata orang sepuluh jong masuk,anjing tetap bercawat ekor.Ini sangat menyedihkan kita tidak utamakan keadaan di desa.Itu sebabnya kita harus kembali kepada semangat DEB iaitu membasmi kemiskinan,terutama golongan desa yang masih berhadapan dengan kemiskinan yang menyeluruh.
Kita selalu bermimpi tentang kumpulan profesional yang akan menguruskan ladang,tapi dimana mereka ini?Apa yang kelihatan hari ini ialah pengurus ladang komoditi yang diekspot dan mereka bukannya mengendalikan hasil pertanian barang keperluan seharian kita .Dalam masa yang sama,kita harus menggerakkan pembangunan koridor baru untuk kemajuan orang melayu di desa.Apabila kita membuka jalan dan kawasan pembangunan baru,kita harus juga memerhatikan siapa yang masuk dan membuka perniagaan itu.Contohnya orang melayu di Gua Musang adalah orang melayu yang sama keadaannya sejak bertahun-tahun dahulu tidak jauh berubah.Sekarang kita sudah ada lebuhraya yang menghubungkan antara Cameron Highland dengan Gua Musang..Apakah yang berlaku selepas ini?Saya percaya akan ada orang yang datang untuk membeli tanah,membuka kawasan perumahan dan perindustrian tapi adakah orang melayu mengambil peluang ini atau mendapat manafaatnya?Apabila tidak cukup pekerja,kita mencari pekerja dari indonesia,bangladesh dan lain2.Kita perlu menyelesaikan masalah itu kalau mahu meningkatkan keadaan sosio ekonomi orang melayu.Kita perlu mengubah midset.
Selain dari itu,masalah orang melayu ialah sikap pemimpin yang banyak bercakap serta sentiasa berfikir untuk menukar butang pada kotnya daripada butang biasa ke butang emas,selalu memikirkan soal pangkat dan stail dan kurang memikirkan tentang rakyat.Tetapi hari ini melalui sms,lamam blog dan apa sekali pun nampaknya orang melayu sudah mula sedar.Bara kesedaran ini sudah ada dan kalau dikipas ia nanti akan menyala.
Sekarang kita ada memberi orang dari Universiti Harvard untuk memperbetulkan sektor awam.Entah apakah yang boleh dilakukan oleh orang dari Harvard ini yang kita sendiri belum tahu.Perkara yang paling penting adalah penyampaian.Kita semua ada idea yang baik dan sumber tapi bagaimana hendak memastikan ia tidak di selewengkan oleh birokrat atau korporat yang tidak jujur.
Orang melayu mesti kiasu sedikit,mesti ada perasaan mahu berjaya,tidak kira apa jua halnya dan tidak pedulikan orang lain.Orang melayu mesti mula berfikir memetingkan diri sendiri.Sebab itu kita mesti ada pemimpin yang bersedia memimpin.Kita tidak mahu apa yang berlaku dalam GPMS yang berebut jawatan seperti ulat tahi.Sepatutnya mereka memimpin belia melayu tapi apa yang berlaku.Teruk.
Kita mesti menunjukkan contoh,memberi latihan dan paksa mereka.Orang melayu mudah berusaha dan memberikan respon yang lebih baik dengan paksaan dan bukan pujuk rayu.Mesti kalau kita pujuk memujuk nanti ada perangai macam loyar buruk.
Satu dari kejayaan cara paksaan ini adalah Pusat Asasi Sains di Universiti Malaya.Kita memilih dari kalangan anak2 desa untuk diberikan peluang dan paksa mereka,kalau lulus baru boleh naik semester,kalau gagal akibatnya balik kampung.Selepas lulus dengan dua semester,mereka akan masuk ke fakulti perubatan dan kejuruteraan.Kita boleh melihat kejayaan melalui cara paksaan ini malangnya ia telah di sabotaj beberapa tahun dulu apabila kita mengamalkan meritokrasi.Kita sudah silap perkiraan.Kenapa kita bercakap tentang meritokrasi ketika orang melayu sendiri sudah hadicap.
Kita mesti hadapi dengan sikap jujur dan berani.Kita tidak boleh segan.Kita mesti tegas dan berani mengatakan kita orang melayu dan kita mahu menakluki dunia.Kenapa harus segan?Kenapa kita malu mengaku kita melayu dan kita orang Malaysia.Kalau melayu,melayu lah.Anggaplah ini sebagai'make up call' tapi jika orang melayu mahu dengar atau tidak hanya masa beberapa tahun akan datang yang boleh menentukan.


No comments: