Sunday, March 22, 2009

RASUAH DALAM KEPIMPINAN PARTI

Sudah lebih 50 tahun negara kita telah mencapai kemerdekaan dan bermacam-macam pembangunan telah dan berjaya di lakukan demi kesejahteraan rakyat dan juga bermacam-macam agenda dilaksanakan untuk mengembalikan keyakinan rakyat namun semakin lama semakin menurun penerimaan rakyat terhadap pemimpim yang mengamalkan rasuah dan salah guna kuasa hari ini.Kalau di kira ketika zaman sebelum mantan Tun madey lagi,perkara ini tidak berlaku perkara yang sedemikian dan jika di lihat pada asas perjuangan mereka yang terdahulu,mereka lebih kepada perjuangan untuk memerdekakan negara dari segala yang menyusahkan rakyat supaya negara memjadi aman dan makmur.
Semasa era zaman Tun Madey lagi,senario ini telah menular dan langskap politik negara malaysia menuju ke kancah rasuah,salah guna kuasa dan berkepentingan diri.Daripada skandal BMF yang melibatkan kerugian besar,perwaja,Mas dan proksi-proksi yang berkedudukan telah berjaya memusnahkan negara dari segi ekonominya kearah kehancuran.Tidak masuk akal jika bangsa sendiri sanggup memusnahkan ekonomi negara tapi itu lah hakikat yang sebenarnya apa yang berlaku ketika ini yang dihadapi dengan ekonomi yang suram dan keadaan kehidupan rakyat yang tidak menentu pasti akan menerima kesan nya.
Dengan hasil mahsum negara yang melimpah ruah dengan minyak dan gasnya,hasil perladangan dan sebagainya,ianya telah dikaut bagi memenuhi kantung-kantung pihak tertentu demi mencapai survival politik mereka tanpa menghiraukan nasib yang menimpa rakyat terbanyak dan generasi yang akan mewarisi masa depan negara.Inilah sikap kepimpinan yang ada hari ini tidak mengira dari parti mana sekalipun.Hancurnya martabat diri seseorang hamba Allah itu jika inilah perbuatan yang akan memusnahkan bangsa mereka sendiri.Betapa hebatnya gejala ini ibarat penyakit barah yang sukar untuk di ubati namun menjadi kewajipan untuk hamba Allah untuk mengatakan rasuah ini adalah haram,tapi kerana pangkat dan kuasa semuanya menjadi halal bagi mereka.
Generasi muda hari ini patut menjauhkan diri dari segala yang boleh memusnahkan negara dan bangsa dengan amalan rasuah kerana ia merupakan musuh no satu negara sekarang ini.Walaupun rasuah ini sukar untuk dihapuskan secara totalnya namun dengan kekuatan Akta yang dijalankan dan undang-undang patut di perkemaskan lagi.
Hari ini kita telah melihat bagaimana ramainya pemimpin dari segala parti politik mahupun individu yang mengamalkan apa yang dikatakan politik wang tapi yang sebenarnya sama dengan amalan rasuah tapi ini kah jiwa dan martabat seorang pemimpim yang hendak kita lantik sebagai pemimpin?Sungguh dangkal dan memalukan jika kita biarkan mereka-mereka ini bermaharajalela dalam politik dan negara kerana kesan yang menimpa nanti adalah rakyat jelata.
Inilah tabiat seorang pemimpin yang hanya pentingkan diri sendiri sedangkan mereka dilahirkan dengan corak yang bersih bagai kain kapan yang mengiringi kematian dan adakala mereka2 ini mempunyai ijazah dan berpendidikan tinggi namun kelemahan mereka adalah tidak tahan dengan nilai gambar Agung yang dicetak pada kertas dengan warna kebiruan macam lambang parti kegemaran mereka.
Itulah hakikat yang sebenarnya apa yang berlaku ketika perhimpunan Umno akan berlangsung tidak lama lagi.Bermacam-macam cerita di sebalik apa yang berlaku dan ada yang di heret ke mahkamah,di soal siasat oleh Sprm,digantung dan di pecat ahli dan ini merupakan tanda2 dan contoh bagaimana hinanya pemimpin yang bersekongkol dan melakukan perbuatan yang dilarang ini.Renung kembali dan bayangkan jika negara ini seperti negara lain yang jatuh dan musnah disebabkan perbuatan pemimpin mereka sendiri.

No comments: