Friday, September 11, 2009

Politik Malaysia Kelam Kabut.

Sebenarnya tak banyak yang hendak dijawab dalam agenda yang dilaungkan oleh PM Najib Satu Malaysia.Islam Hadari yang sebelum ini lesu tanpa ada pendekatan yang terbaik untuk kesejahteraan rakyat malaysia.Yang jelas nampak kelemahan yang mendadak dalam pembentukan jati diri rakyat malaysia yang cintakan negara dalan keadaan aman dengan suasana ekonomi yang murah dan kenaikan harga minyak,tambang pengangkutan serta kenaikan harga barangan yang melampau ketika negara masih lagi dalam keadaan tidak ketentuan dalam krisis ekonomi jika dibandingkan negara yang berjiran dengan kita.
Rakyat diutamakan maka itulah retorik yang dimainkan pemimpin yang bertopengkan wang ringgit dan haruskah ini terjadi pada setiap pemimpin yang dilantik oleh pengundi tidak melakukan amanah yang sepatutnya dijalankan dengan jujur dan telus.Lihat pada hari suasana politik yang kacau bilau akibat perbuatan tangan2 pemimpin Bn yang telah memakan diri akibat rakus dalam mengejar kekayaan peribadi untuk puak-puak yang tiada semangat cantakan negara sebaliknya jika ini yang berlaku maka negara kita akan hancur andaikata dimiliki oleh pemimpin yang sedemikian rupa.
Sejak dari pilihanraya ke 12 lagi momemtum rakyat semakin bertambah pada Pakatan Rakyat yang membuatkan pemerintah hari ini terpaksa mencari jalan penyelesaian untuk mengembalikan sokongan tapi rasanya sudah terlambat.Hakikat ini patut diterima oleh semua rakyat malaysia bahawa bukan kita membenci Umno itu sendiri tapi harapan pada pemimpin untuk mendokong prinsip bertuankan rakyat gagal dilakukan maka Pakatan Rakyat akan melakukan yang terbaik dan perseimbangan antara Pakatan dan pemerintah perlu untuk memberi pengajaran agar setiap pemimpin yang dilantik mesti melakukan yang terbaik untuk rakyat dan bukan untuk kepentinagan diri semata-mata.
Krisis peanahanan Dsai telah meletakkan negara dalam keadaan politik yang matang untuk rakyat malaysia berfikir dan bukan hanya politik yang sempit dan segala yang berlaku itu memberi amaran bahawa rakyat yang berkuasa dalam menentukan masa depan negara dan jika ini gagal maka negara akan hancur dan generasi kita akan lumpuh maka jika jalan penyelesaian tidak diambil maka ia akan merosakkan generasi seperti yang berlaku isu mat rempit.dadah,arak,sumbang mahram dan inilah yang harus dititik beratkan.Bangsa melayu akan hancur jika ini yang akan berlaku maka kerajaan mesti mencari kaedah iaitu dengan melakukan pengisian terhadap remaja hari agar tidak menjadi masalah pada negara.hari ini pihak penguatkuasaan pening dan serba salah akibat dasar politik yang memcampuri segala urusan pentadbiran dan jika ini berlaku maka sampai bila pun perkara ini tidak akan selesai.Bergitu juga dengan rasuah.Ini yang menjadi masalah besar pada negara maka sebab itu apa saja yang melintasi garis sempadan negara bolos akibat tiadanya tanggungjawab dan rakyat kena peka pada masalah ini jika mahu negara dan ekonomi kita berkembang.
Berbalik pada isu politik negara yang bercelaru dengan komponen Bn telah membuktikan bahawa apa yang Umno lakukan sebelum ini telah memakan diri sendiri,sebab itu krisis dalam kepimpinan umno,Mca,ppp dan terbaru Mic maka ini telah membuktikan bahawa tiada lagi kesepakatan dalam komponen Bn yang mana sejak dulu lagi apa yang kita tahu tujuan asal mereka ini semua hanyalah mengaut segala kekayaan negara seberapa banyak yang mampu.Ini yang berlaku hari ini baik diperingkat JKKK,ahli umno,peringkat pertengahan mahupun atasan.Persoalannya sekarang memgapa niat suci ini terjadi?Inilah soal prinsip yang harus ditanamkan dalam jiwa seseorang individu mahupun pemimpin dan kita tidak mahu amalan ini menjadi satu kebiasaan dan anggaplah ini amanah yang harus dilakukan dengan jujur.
Sejak dari zaman mahathir lagi telah ada kelemahan dalam sistem demokrasi negara kita dengan isu yang telah banyak diubah dan dipinda untuk tujuan tertentu.Apabila ini berlaku dalam sistem yang ada mengikut lunas-lunas perlembagaan negara maka pemerintah tidak boleh mengubah seperti apa yang berlaku ketika perhimpunan aman yang menimbulkan masalah akibat polis dijadikan kuda tunggangan pihak tertentu dalam Akta polis yang telah menimbulkan persoalan dimana letaknya perlembagaan yang menjadi teras utama negara kita.ISA yang selama ini telah melanggari hak ditahan tanpa bicara,apa maknanya ini semua.Ini merupakan rekod yang terbaik yang dilakukan oleh pemerintah yang bertujuan untuk kepentingan politik semata-mata.Telah ramai wakil rakyat yang ditahan dalam akta rimba ini termasuk juga individu yang sekarang ini masih lagi ditahan dan ada yang keluarga tertekan akibat rakusnya pemerintah demi satu malaysia.
Sekarang ini telah nampak peperangan sesama sendiri dalam komponen Bn yang ini bagi kita adalah isu besar yang harus kita mainkan dan kelemahan inilah Pakatan harus gunakan yang terbaik untuk hadapi pilihanraya ke 13 nanti.Kecelaruan Pm dalam mengatasi isu yang berbangkit gagal dilakukan.Kehebatan rampasan kuasa di perak berpalit pada isu yang berlaku dalam krisis di Trengganu.Ini semua satu permainan(game)yang menghalalkan cara yang dilakukan oleh pemimpin umno bn rakus dalam menguasai hak rakyat.Sampai hari ini masalah Trengganu belum lagi selesai dan sudah ada tanda-tanda yang peluang pakatan untuk memenangi pilihanraya nanti akan berhasil dan jika mahukan yang terbaik maka Umno perlu berubah dan inilah politik matang yang harus dilakukan.Parti memerlukan pemimpin yang beramanah.jujur dan berakhlak mulia dan sikap bertuankan pemimpin harus diubah.
Isu yang belaku hari ini merupakan titik tolak apa yang berlaku dalam tahun 1998 yang melibatkan Dsai dan sampai kehari ini gerakan rakyat semakin berani menuju ke penjuru asal dan menegakkan keadilan dan rakyat hari ini kena peka apa yang berlaku ini merupakan salah satu dosa-dosa yang dilakukan pemimpin yang terdahulu dan rakyat yang menjadi mangsa.Banyak sangat isu-isu besar yang timbul melibatkan moral,rasuah dan hakim-hakim mesti diberi kekuatan untuk melakukan perubahan,begitu juga dengan agensi yang diberi amanah untuk melakukan yang terbaik seperti Sprm,Pdrm dan kebebasan akhbar.Semua agensi ini berkaitan dengan pentadbiran dan soalan politik tidak boleh dicampuradukkan dengan agensi penguatkuasaan dan sikap double standard mesti dielakkan.hari ini pemerintah memainkan isu perkauman untuk mengembalikan sokongan namun hanya sia-sia dan sudah terlambat untuk memberi perubahan yang dilihat pada hari ini rakyat telah bosan dengan retorik yang hanya berpihak pada puak juak pemerintah.
Banyak sangat isu nasional yang melibatkan kepentingan rakyat diabaikan.Terbaru dengan kos tambang yang naik mendadak,kenaikan harga petrol,gula yang belum tiada penghujungnya.Maka hari ini setiap menteri yang memegang tampuk kuasa hendaklah celik mata dan melihat pada sekeliling apa yang berlaku.Bukan gaji yang diutamakan tapi rakyat mesti didahulukan.Sepatutnya dengan perlantikan menteri yang baru tidak ada lagi berlaku soal yang berkaitan dengan masalah rakyat namum sebaliknya.Jika dilihat pada ekonomi hari ini banyak berpihak pada proksi Bn.Semua dimonopoli oleh pihak yang berhubung rapat dengan pemimpin atasan.Adakah taukeh ini saja yang mampu berniaga?ramai lagi yang berada di luar dan mempunyai iktizam untuk membangunkan malaysia.Amanah rakyat mesti didahulukan.Rakyat hari ini dalam keadaan bingung dan panik dengan dasar kerajaan yang hanya diperlukan dalam masa tertentu saja.Perbezaan dalam bulan ramadan dan sebelum ramadan sudah nampak jelas.berduyun-duyun dengan wakil rakyat menonjol muka tapi selepas itu hilang tidak dapat dikesan.Ada juga wakil rakyat yang menjadi pengerusi dalam masjid tapi nak tgok muka pun susah dan sanggup berjumaat dimasjid lain.Inilah sikap tiadanya bertanggungjawab dan amanah dari qariah masjid.
Sekarang sudah ada perbalahan antara bekas pemimpin terdahulu dengan pemimpin komponen bn yang boleh menjejaskan pilihanraya yang akan datang.Parti tidak memerlukan pemimpin yang sudah lama berada di tampuk pemerintahan dan berilah peluang golongan muda untuk kesejahteraan politik yang semakin berubah dan matang memandangkan usia kemerdekaan kita telah mencapai 52 tahun.
Perlembagaan parti perlu diubah tidak mengira parti mana pun.Mana-mana ahli dalam umno perlu diberi hak untuk memilih seseorang pemimpin dan bukan lagi pada perwakilan yang sebelum ini banyak berlaku amalan rasuah yang bagi kita merupakan satu politik yang tidak sihat.Rakyat kita kena berubah dengan cara pemikiran dan tidak perlu dengan cara lama dan lapuk.Malaysia telah maju dan memerlukan seseorang yang uducated dan profesional dalam merungkai segala kekusutan yang berlaku dalam negarakita.

No comments: