Thursday, November 6, 2008

Jamuan makan.

salam.
Hari ini khamis 6 nov aku telah meraikan rakan sekerja yang akan menunaikan haji pada minggu depan.Aku telah di jemput ke rumah beliau kerana ada sedikit jamuan yang sederhana dan ramai lah rakan-rakan yang datang.Jamuan bermula pukul 2 pm selepas habis waktu kerja dan aku pergi awal takut makanan yang di hidangkan habis jadi sampai di sana ramai lah kelibat rakan-rakanku yang baru sampai dan ada jugak yang nak balik rumah.
Bila sampai di sana berjumpa lah dengan cikgu coh.poh na dan cikgu na.Dekat seminggu tak jumpa kelibat diorang kat KH sebab kena jaga exam jadi aku xde geng nak sembang-sembang.Rupanya ramai jugak kat sana.Pengetua,Penolong kanan 1 pun ada.
Seronok bukan main lagi diorang bila dapat makan bersama-sama sampai ada yang tambah nasi mungkin masakan yang di masak kena dengan selera diorang.Hidangan yang ada bukan nasi saja tapi kueh-kueh pun ada.Dipendekkan cerita selepas memerhatikan gelagak semua yang dapat makan aku pun mengangkat kaki untuk terus pulang dan sempat berjumpa dengan rakan ku yang akan menunaikan haji dan bersalam memohon kesilapan moga-moga beliau akan mendapat haji yang mabrur.

No comments: