Babi,monyet,bigfoot,katak,binatang dan yang terkini anak haram atau bastard dan bloddy bastard.
Semuanya perkataan yang tidak baik dan diajar oleh para ibubapa dan guru kepada anak-anak dan pelajar mereka agar ia jangan dituturkan.Tetapi ia adalah sebutan para Yang Berhurmat hamburkan terhadap rakan masing-masing dalam Dewan Rakyat.
Kalau ibubapa dan guru mendengar perkataan itu mereka akan memukul anak atau anak murid mereka tetapi para anggota Dewan Rakyat hanya bebas selepas berkata"saya menarik balik perkataan itu"
Inilah dilema yang dihadapi oleh para wakil rakyat yang mahu menjaga tatasusila di Dewan Rakyat itu.Perkataan'bastard' yang di keluarkan oleh Tajuddin Abdul Rahman(BN-pasir salak) ketika marah terhadap M Kulasegaran(DAP-Ipoh Barat) yang berkata ada orang india yang benci kepada Tajuddin.
Ia telah dibantah oleh Tajuddin dengan menghamburkan perkataan itu.Sikap kasar dan mengeluarkan perkataan unparliamentarily bukan pertama kali di lakukan oleh Tajuddin.
Menurut Nga Kor Ming(DAP-Taiping)Tajuddin pernah mengajak rakan-rakan anggota parlimen dan rakan-rakan anggota Dewan Undangan Negeri semasa beliau menjadi Adun Perak ini untuk bertumbuk.
Bagi saya Dewan Rakyat melalui Speaker perlu membuat satu peraturan yang jelas agar perkara ini tidak berulang.Saya cadangkan,sesiapa sahaja yang mengeluarkan perkataan yang di kira 'un-parliamentary perlu dirujuk terus kepada Jawatankuasa Terpilih untuk di ambil tindakan dan tidak perlu ditarik balik lagi.
Jika speaker tidak bertegas sekarang,perkara ini akan berulang dan tidak akan selesai sampai bila-bila.Baru-baru ini,ekoran tragedi perkataan bastard yang dikeluarkan oleh anggota Parlimen Pasir Salak,Tajuddin Abdul Rahman,anggota dari Tasik Gelugur Karpal Singh mencadangkan agar Speaker bertindak segera.
Thursday, November 20, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment