Saturday, November 29, 2008

KONGRES NASIONAL

"Harapan Baru"menuju Putrajaya.

Tema yang dipilih pada taun ini merupakan falsafah kesinambungan kemenangan yang dicapai parti pada pilihanraya Umum pada 8 Mac lalu.Tema ini juga akan digunapakai untuk menyampaikan mesej kemenangan parti dan usaha berterusan untuk mencapai matlamat menubuhkan kerajaan persekutuan.
Tema ini juga mencerminkan konsep perjuangan kita yang masih lagi memberi harapan baru kepada rakyat,apa yang kita idamkan itu belum berlaku tapi akan berlaku.Jadi kalau kita menang dan sampai ke Putrajaya"Harapan Baru"itu akan bertukar sedikitlah.
Menyingkap sejarah,Keadilan ditubuhkan pada 3 ogos 2003 hasil penggabungan PKN dan PRM dan muncul sebagai entiti politik baru yang di kenali Parti Keadilan Rakyat atau KeADILan.
KeADILan mengadakan mesyuarat Agung Tahunan yang dipanggil Kongres Nasional Tahunan pertama pada 17 hingga 19 disember 2004 bertempat di Dewan Thow Boo Keong,Ipoh perak dengan bertemakan'Keadilan Untuk Semua'
Kongres Nasional Tahunan Kedua pula diadakan di Hotel Istana,Kuala Lumpur dari 22 hingga 24 disember 2005 bertemakan "Masa Untuk Berubah" bagi menonjolkan KeADIlan sebagai satu kuasa politik yang berbeza dari parti-parti lain di negara ini.Tahun 2006 Kongres Nasional Tahunan ketiga berlangsung di pulau pinang dari 1 hingga 3 september.
Pemilihan tarikh 2 september juga bertepatan bermulanya gerak reformasi negara selepas pemecatan Ketua Umum KeADILan,Anwar Ibrahim dari jawatan Timbalan Perdana Menteri.
Kongres Nasional Tahunan Keempat berlangsung di Dewan Chung Hua High School,Seremban Negeri Sembilan dari 25 hingga 27 Mei 2007 dan pada tahun ini seperti yang ketahui Kongres Tahunan akan diadakan di Selangor bertempat di Stadium Melawati dari 28 hingga 30 November 2008.
Semoga Kongres pada tahun ini akan berjalan dengan lancar dan semangat Muhasabah diri dan juga semangat kekeluargaan demi mencapai matlamat semua rakyat Malaysia demi masa depan negara yang tercinta.Selamat Bersidang.

No comments: