Tuesday, December 9, 2008

SERAWAK PERLUKAN PERUBAHAN.

Masa untuk perubahan.


Ketua Menteri Serawak Taib Mahmud digesa supaya mengundurkan diri kerana beliau telah lama memegang jawatan itu sejak 27 tahun lalu.Ini merupakan jangka masa yang panjang bagi seseorang yang memegang jawatan tersebut dan dalam tempoh yang sebegitu lama sudah tentu beliau sudah mencapai apa jua sasaran rancangan yang mahu dilaksanakan dan jika Ketua Menteri terbabit'sememangnya ada rancangan' sedemikian.
Sepatutnya beliau telah lama mengundurkan diri disebabkan masa 27 tahun memerintah adalah terlalu lama dan beliau patut mengemaskan begnya untuk pergi dari situ dan setiap rancangan-rancangan yang tidak terlaksana sepatutnya memberikan tanggungjawab itu kepada orang lain untuk dilaksanakan.
Beliau telah berkuasa selama 27 tahun dan semestinya dalam pentadbiran beliau akan berlaku salah guna kuasa dan rasuah namun lamanya beliau berkuasa menyebabkan keluarganya telah banyak mendapat manfaat mengaut kekayaan dan ini merupakan satu amalan yang tidak betul.
Contohnya saham yang dimiliki oleh keluarganya dalam syarikat pembinaan Cahaya Mata Serawak(CMS) dan juga kilang simen terbesar di serawak dengan jelas terbukti menunjukkan amalan yang tidak betul.
Banyak kontrak-kontrak negeri telah diberikan kepada CMS dan walaupun ia tidak didefinasikan dalam Akta Anti Rasuah,tetapi ia tidak bersesuaian dengan kedudukan beliau sebagai ketua pentadbiran negeri.Wujudnya kontrak kerajaan telah di berikan pada CMS seperti projek pembinaan bangunan Dewan Undangan,pembinaan jalan dan bangunan lain yang dianggarkan 300 juta.
Dalam pada itu pihak pembangkang telah sedaya upaya untuk menyedarkan rakyat dikalangan negeri itu agar di beri penerangan berhubung aktiviti yang tidak sihat oleh pentadbiran negeri agar rakyat sedar dengan apa yang sedang berlaku seperti salah guna kuasa dan sebagainya.

No comments: