Friday, December 19, 2008

PARLIMEN TRENGGANU P36.

Ledakan Tsunami.


Ledakan Tsunami politik yang melanda negara pada 8 mac tahun ini ketika pilihanraya dulu dijangka akan menjadi kayu pengukur kebangkitan rakyat yang mahukan perubahan di negara ini.Selepas Permatang Pauh dan kini pilihanraya kecil akan bermula lagi pada 17 january tahun depan akan bakal menentukan sejauh mana Pakatan Rakyat akan merubah senario politik tanah air negara terutama sekali dengan isu-isu semasa yang membebankan rakyat.

Ramai dari orang-orang politik dan kalangan pemerhati akan tercari-cari di mana silapnya sehingga Trengganu gagal menguasai pantai timur ini ketika pilihanraya 8 mac dulu walhal ketika pilihanraya ke 10 dulu pas telah menguasai pentadbiran tersebut.Apa pun senarionya ketika itu adalah berbeza.Tapi kali ini Parlimen Trengganu(36) bakal menjawab segala persoalan tersebut.

Rekod kemenangan di Permatang Pauh pada 26 ogos mempunai kesan yang besar terhadap haluan Pakatan Rakyat memburu kemenangan seterusnya di Kuala Trengganu.Bagi Pakatan Rakyat,mencatat kemenangan bukan sekadar menambahkan kerusi di Parlimen tapi juga akan menjadi kayu pengukur kepada Umno bahawa misi parti perkauman telah di tolak oleh rakyat secara total.

Selain lonjakan peralihan kuasa 16 september,ia juga membayangkan pilihanraya akan datang merupakan gelombang yang sudah tidak dapat dibendung lagi akan menenggelamkan Umno dan BN.Isu perlantikan Menteri Besar menggegarkan polimik ketuanan melayu apabila segelintir penyokong bekas Menteri Besar Idris Jusoh sanggup mengeluarkan kenyataan biadap terhadap instituasi raja-raja melayu.Seluruh rakyat Trengganu terkejut apabila Sultan Trengganu merangkap Yang Di Pertuan Agung,Tuanku Mizan mahukan Ahmad Said.

Rentetan pilihanraya ke 12 lalu adalah bukti bahawa salah satu dari kemenangan besar Pakatan Rakyat adalah akibat ramai di kalangan orang Umno yang memberi sokongan kepada pembangkang kerana tidak setuju dengan calon mereka.Secara langsung P36 akan menjadi medan kepada pimpinan Ahmad Said menyukat penerimaan rakyat tempatan ketika mentadbir Trengganu.Laporan SPR,Kuala Trengganu mempunyai 80,229 pengundi berdaftar dan 1,035 adalah pengundi pos dengan pecahan 88 peratus adalah melayu,10,8 kaum cina,0,6 peratus india dan 0,1 adalah lain-lain bangsa.

Dalam pilihanraya lalu,calon pas Mohamad Sabu tewas kepada Razali Ismail dengan kelebihan undi 628 sahaja di mana Mohamad Sabu memperolehi 31,934 manakala Razali Ismail 32,562 undi.Adakah kemenangan tipis BN itu mampu ditebus memandangkan arus kebangkitan rakyat semakin menyerlah ketika ini.Umno/BN dijangka mengalami kesukaran untuk menang memandangkan beberapa isu nasional seperti kenaikan harga barang,tol,harga minyak yang masih lagi tinggi,isu bahasa inggeris dalam matapelajaran matematik dan sains serta beberapa isu-isu rasuah yang melibatkan pemimpin Umno/BN seperti Altantuya dan pembelian Eurocopter yang masih lagi belum selesai.

Bagi Trengganu beberapa isu-isu tempatan juga di ambil kira seperti isu royalti minyak,piala monsun yang merugikan rakyat dan pembaziran wang rakyat semasa era Idris Jusoh sebagai Menteri Besar lalu juga merupakan antara isu barah yang mencemar Umno/BN untuk memenangi kerusi di P36 tersebut.

No comments: