Saturday, February 14, 2009

KENAIKAN HARGA BARANG.


Ke mana saja pergi,macam-macam keluhan rakyat jelata tentang harga barang yang tinggi dan tidak turun-turun.Apabila kerajaan BN secara mendadak menaikkan harga petrol dengan harga 70 sen dan harga diesel dengan harga seringgit maka harga segala barang keperluan melambung naik.Apabila kerajaan BN menurunkan harga minyak sedikit demi sedikit tapi harga barang keperluan tetap juga tidak turun sedangkan kita tahu beras dan minyak masak merupakan harga kawalan namun harga masih juga tinggi.Sungguh menyedihkan kerana negara kita yang kaya dengan hasil mahsum tapi rakyat nya susah dengan harga yang tinggi.
Yang menyedihkan rakyat ialah bila harga barang tidak turun maka pendapatan yang kita dapat akan menjadi rendah nilainya dan semakin kurang kuasa membelinya dan nampaknya kenaikan gaji yang diperolehi sekarang tidak bermakna kerana kerajaan tidak dapat melakukan sesuatu untuk mengatasi kenaikan harga barangan dengan lebih berkesan.
Hari-hari rakyat mengeluh dengan kenaikan harga barangan ditambah pula dengan krisis ekonomi yang berlaku sekarang maka ia bertambah parah dengan ramai yang kehilangan pekerjaan akibat krisis ekonomi seluruh dunia.Kerajaan seolah-olah tidak melakukan sesuatu uantuk mengatasi kemelut ini.Bayangkan rakyat malaysia yang miskin dengan keadaan hidup yang tidak teratur maka timbullah banyak gejala sosial yang menghantui seluruh warga rakyat malaysia.

No comments: