MESYUARAT AGUNG PEMILIHAN PKR BAHAGIAN KEMAMAN.
Hari ini 20 hb febuary 2009 mesyuarat bahagian PKR kemaman diadakan di pejabat pas kemaman.Sebelum ini ia berstatus penaja yang diketuai oleh saudara faris musa namun hari ini berlaku pertarungan sengit dengan bekas wakil rakyat parlimen dulu iaitu saudara Abdul Rahman Yusuf.
Dalam pertandingan tadi jam 3.30pm,saudara faris kalah dengan Abdul rahman yusuf yang mana sebelum ini harapan faris untuk menang cerah namun takdir tidak menyebelahi beliau dan beliau kalah dengan majoriti yang kecil sahaja.
Namun pemilihan untuk AMK tidak dapat dilakukan kerana kesuntukan masa dan ditangguh pada tarikh yang ditetapkan kemudian.Walaupun begitu faris akan cuba untuk bertanding ketua Amk kemaman dalam pemilihan nanti.Hakikatnya matlamat untuk menjatuhkan faris oleh musuhnya telah berjaya dilakukan .
Apa yang penting senarai jawatankuasa yang baru dilantik ini tidak tumpah sama seperti jawatankuasa yang mengakibatkan pkr bahagian kemaman ini dibubarkan dulu semasa Rahman yusuf menjadi Ketua Bahagian.
Kita tunggu dan lihat halatuju pkr bahagian kemaman ini di bawah ketua yang baru dan sama-samalah kita tunggu.
Sekian.
Friday, February 20, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment