TERKINI !!!!!!! GEMPAR
Hari ini 3 febuary dalam sejarah malaysia,mesyuarat kerajaan negeri perak pakatan rakyat bermesyuarat di bawah sepohon pokok yang berdekatan dengan bangunan suk disebabkan bangunan suk telah di kunci atas arahan BN.
Sebelum ini bangunan suk dikawal oleh pengawal keselamatan tapi diambil oleh pasukan semut merah atas alasan mengawal keadaan.Pelik dan melucukan bagaimana semut merah ini mengikut telunjuk pihak atasan .
Semua Adun pakatan rakyat tidak dapat masuk ke bangunan suk kerana di halang oleh penguasa-penguasa dan kawalan oleh pasukan semut merah.Sebelum ini kerajaan BN telah mengarahkan agar pintu bangunan DUN perak dikunci bagi menghalang persidangan.
Walaupun persidangan dibuat dibawah pokok,keputusan telah dibuat sebulat suara iktiraf Nizar sebagai MB dan mahu agar DUN dibubarkan supaya pilihanraya dapat diadakan.
Sebelum ini berlaku pertelingkahan antara exco dengan pasukan keselamatan ketika exco pakatan rakyat menghampiri bangunan suk untuk masuk ke bangunan tersebut.Rakyat dihalang untuk menghampiri bangunan oleh pasukan keselamatan.
Tuesday, March 3, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment