PPSMI(Pembelajaran&pengajaran sains matematik bahasa inggeris)
Hari ini satu laporan polis telah di buat di balai polis brikfield oleh GAPENA berkenaan dengan perlaksanaan PPSMI. Pihak GAPENA telah menyaman Kementerian Pendidikan kerana telah melanggari Perlembagaan 152 Malaysia iaitu bahasa melayu hendaklah bahasa pengantar.Sepatutnya kerajaan memartabatkan bahasa ibunda tapi sebaliknya.
Apa yang kerajaan lakukan betul-betul belum tentu akan menyelesaikan masalah namun jika ia di laksanakan ia akan memberi masalah kepada pelajar.Pelajar luar bandar akan mengalami masalah jika dibandingkan dengan pelajar bandar.Bukan tidak boleh untuk belajar bahasa inggeris tapi penekanan harus bermula pada subjek bahasa inggeris dulu.Kadang-kadang guru pun menghadapi masalah untuk mengajar sains dan matematik ini.Terpaksalah guru-guru rujuk semula kepada buku-buku inggeris dan kamus-kamus.
Yang peliknya negara dalam dunia ini mereka mengajar sains dan matematik dalam bahasa ibunda mereka tapi kenapa negara kita malaysia yang mempunyai bahasa ibunda masih lagi nak menggunakan bahasa inggeris,sedangkan bukan sahaja bahasa inggeris yang patut kita belajar,bahasa lain seperti arab,tamil,mandarin memang patut kita belajar.Walaupun perlaksanaannya telah pun berjalan hakikatnya keputusan dalam peperiksaan terus melebar antara pelajar bandar dan luar bandar.
Apa yang penting kita harap kerajaan akan memikirkan tentang perlaksanaan PPSMI baik dan buruknya demi menjaga perlembagaan malaysia itu sendiri yang telah termaktub dan juga Akta pendidikan serta penyata Razak yang telah di gubal dulu.Janganlah ada mana-mana pihak yang ingin mempolitikan PPSMI ini demi kepentingan survival mereka.
Sunday, February 15, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment