PPSMI(sambungan)
Rentetan dari laporan polis yang di buat oleh GAPENA semalam,maka satu keputusan telah di buat untuk menganjurkan satu demontrasi secara aman pada 7 mac ini di Kuala Lumpur bagi menyerahkan memoredum kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Mizan.Demontrasi 100 ribu secara aman akan di sertai lebih dari 30 NGO seluruh Malaysia bagi membantah perlaksanaan PPSMI nanti.Bagi aku berbagai pihak menyokong agar perlaksanaan PPSMI ini dibatalkan.Pada pendapat aku bukannya tidak baik untuk menguasai bahasa inggeris seharusnya menguasai lebih banyak bahasa seperti mandarin,arab,tamil dan jepun adalah bagus sebaliknya yang menjadi persoalan adalah cara dan kaedah perlaksanaan yang tidak betul dan menepati displin ilmu pendidikan itu sendiri dimana bagi aku ialah cara untuk meningkatkan penguasaan bahasa inggeris mestilah melalui subjek Bahasa Inggeris itu sendiri dan bukannya melalui subjek sains dan matematik seperti yang diamalkan sekarang.
Implikasi terhadap perlaksanaan PPSMI ialah kerana tidak menghormati dan telah menyalahi perkara 152 perlembagaan malaysia,tidak menghayati Akta Bahasa 1963/1967,menyalahi Akta Pendidikan 1996 dan tidak menghormati semangat Penyata Razak 1956.Bagi aku pelanggaran perlembagaan ini amat mendukacitakan kerana ia telah di lakukan dan dirombak oleh orang melayu sendiri.Ini yang menyedihkan kita bila mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohammad yang mengubah segalanya.Tindakan kerajaan BN ini merupakan pengkhianatan kepada budaya melayu selama ini.
PPSMI bukan saja memberi kesan kepada pembelajaran murid di luar bandar tapi kita tidak yakin dasar itu dapat menerapkan pembelajaran yang lebih baik.Kita maklum bahawa 60-70% masyarakat melayu dan bumiputera tinggal di luar bandar.Dari segi sosio budayanya mereka ini menggunakkan bahasa ibunda untuk perhubungan dan komunikasi.Hakikatnya jika perlaksanaan di teruskan juga maka jurang perbezaan pencapaian keseluruhan antara pelajar terus melebar antara bandar dan luar bandar.Maka itu implikasi penguasaan ilmu sains dan matematik akan jauh berbeza.Kalau kita renung kembali kenangan dulu sebelum PPSMI ini ramai juga pelajar kita yang tidak dapat menguasai sains dan matematik dalam bahasa melayu apatah lagi kini bila ia dilaksanakan nanti.
Hingga ke hari ini tiada lagi kajian dan bukti yang menunjukkan bahawa sesuatu bahasa baru itu boleh dikuasai dengan cepat melalui pengajaran sains dan matematik termasuk bahasa inggeris.Jika pihak kerajaan dan Kementerian Pelajaran berpendapat melalui PPSMI ini akan dapat meningkatkan pembelajaran bahasa inggeris pelajar,saya secara peribadi mencabar pihak kementerian pelajaran,adakah mereka setuju pelajar juga mudah menguasai bahasa Arab,mandarin dan tamil?PPSMI juga memberi kesan impak yang sangat besar kepada sistem pendidikan negara kerana perlaksanaan PPSMI akan menyebabkan semua subjek yang berorientasikan sains dan matematik telah menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar seperti yang termaktub dalam perlembagaan 152 Malaysia,Akta Bahasa dan Akta Pendidikan.Perlaksanaan juga memberi kesan kepada peringkat rendah hinggalah ke Universiti.Ini bermakna pelajar aliran sains akan menggunakan 80% bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar dalam proses pengajaran.Apakah ini sesuai dengan semangat dan roh perkara 152 Perlembagaan Malaysia.........baliklah ke pangkal jalan....
Untuk itu kita harus ada kefahaman untuk memartabatkan bahasa ibunda kita dan kita harus sedar dimana bumi di pijak disitu langit dijunjung.Bahasa melayu telah diajar di merata negara dan tempat bahkan ramai orang eropah dan cina pandai berbahasa melayu.Jadi aku mengharapkan agar pihak kerajaan,media dan masyarakat umumnya harus memainkan peranan meningkatkan kesedaran kepada penguasaan bahasa melayu sebagai pengikat budaya majmuk dinegara ini.
Sunday, February 15, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment