Sunday, September 27, 2009

ISLam Dan PENcegahan Rasuah.


Rasuah..rasuah...rasuah...inilah perkara mahupun kes yang selama ini belum dapat diatasi lagi hingga ke hari ini walaupun bermacam-macam cara dan hukuman dilakukan namun ia masih lagi menjadi barah dalam kehidupan dan sistem yang ada di Malaysia.Dalam usaha menggalakkan pencegahan rasuah,Islam sebagai al-din dapat berperanan dalam berbagai macam bentuk seperti nilai-nilai moral yang diajar islam diharapkan dapat memberikan jawaban terhadap usaha mencegah rasuah dan untuk ini perlu dilakukan penafsiran semula terhadap nilai-nilai moral yang diajarkan islam.Dari sini diharapkan agar persoalan rasuah menjadi teras kajian-kajian nilai-nilai moral dalam islam.

Rasuah diMalaysia telah memasuki tahap sistematik.Ia telah merebak sehingga ke sendi-sendi kehidupan masyarakat.Lebih berat lagi persoalan rasuah ini adalah persoalan persepsi dan kesedaran masyarakat mengenai rasuah.Pencegahan rasuah ini bukan sahaja melalui politik dan undang-undang malah mesti disertakan dengan kesungguhan untuk mengubah persepsi masyarakat umum mengenai rasuah.

Hari ini salah satu puncanya mengapa masyarakat permisif terhadap rasuah adalah kerana masih terdapat sejumlah nilai-nilai yang tidak kondusif bagi mencegah rasuah.Ini berlaku terutamanya pada nilai-nilai yang membentuk perspektif masyarakat dalam kehidupan seharian.Faktor-faktor budaya kepenggunaan boleh menjadi sebab mengapa rasuah dianggap sebagai sesuatu yang sah.Sebab lainnya kerana tekanan pada struktur sosial-politik,yang telah mengakibatkan orang terdorong untuk melakukan rasuah.Tekanan ekonomi,birokrasi yang sering berubah menjadi institusi pemeras,media yang terkonkong,penegakan undang-undang yang tidak menyeluruh dan kurangnya ketelusan oleh kerajaan adalah beberapa sebab yang mengakibatkan rasuah terus menerus menjadi.

Untuk itu kita harus mencegahnya melalui pembabitan semua pihak satu prasyarat yang perlu diutamakan dan ia tidak akan berhasil tanpa dukungan masyarakat maka oleh itu masyarakat harus memainkan peranan dalam membangun gerakan sosial anti-rasuah terutama sekali pada tokoh-tokoh ugama.Pembabitan tokoh agama adalah penting dalam usaha mencegah rasuah kerana ia akan memberi motivasi dan dorongan yang kuat bagi masyarakat untuk bersama-sama dalam proses tersebut.

Ada beberapa sebab yang menyumbang pada amalan rasuah ini.Pertama,Konsep manusia tentang kebahagiaan mengalami pertembungan paradigma yang kemudiannya menentukan sikap seseorang manusia dalam menghadapi kehidupannya.Ia merupakan suatu perubahan yang terjadi akibat dari pertentangan ideologi yang dianuti oleh sesuatu bangsa.Sebagai contoh,penerapan sistem kapitalisme dipeluk erat oleh sekelompok orang islam secara membabi buta dan dalam masa yang sama mereka lupa bahawa mereka seharusnya bertindak mengikut hukum islam yang mereka anuti.Dalam masyarakat yang menyunjung tinggi materialisme,kebahagiaan diukur dari jumlah nilai kebendaan yang dapat dikumpulkan dan dimiliki dan hari ini kita lihat dalam masyarakat segala sesuatu diukur dengan wang.

Maka oleh itu segala kebahagiaan,kehormatan,status sosial,kesejahteraan dan segala nilai kebaikan diukur dengan nilai kebendaan.Akibatnya segala cara dihalalkan untuk mendapatkan wang sebanyak-banyaknya tanpa mempedulikan apakah wang yang diperolehi adalah dengan cara yang halal mahupun haram.Ia juga bakal mempengaruhi individu masyarakat dan bukan setakat pegawai kerajaan saja.

Keduanya,sumbangan faktor individu pada dasarnya tentang 'buah' dari sebuah sistem.Sesebuah sistem merancang pembangunan peribadi individu masyarakatnya seperti dalam masyarakat kapitalis.Sistem kapitalisme yang diterapkan ketika ini mengajarkan konsep pemisahan agama dari urusan kehidupan.Seseorang hanya boleh membawa agama di dalam kehidupan secara individu,sebaliknya ketika mengatur urusan negara,agama diketepikan atau setakat dijadikan alasan bagi menjustifikasikan sesuatu keputusan.Suasana keimanan diabaikan dalam sistem kapitalisme.Bentuk hukuman yang lemah juga menjadi punca tidak berkesannya pembenterasan barah rasuah ini.Bentuk hukuman yang memilih-milih sering menjadi penghalang dari terbenterasnya ikan jerung dengan menjadikan ikan bilis sebagai kambing hitam.Sudah pasti pokok yang rosak akan mengeluarkan buah yang rosak,begitu juga dengan sistem yang rosak maka sudah pasti akan menghasilkan berbagai penyakit yang akan merosakkan masyarakatnya.

Atas dasar hukum-hukum tersebut islam mengubati barah rasuah ini dengan mewujudkan sistem pengawasan diri dikalangan para pegawai mahupun pekerja dan mesti di dahului dengan sifat ketaqwaan.Hakikatnya seseorang yang benar-benar muslim tidak akan melakukan rasuah,tidak akan mahu memberikan rasuah,tidak akan mencuri,tidak akan melakukan khianat,tidak akan melakukan kezaliman dan tidak akan menipu kerana mereka tahu bahawa Allah sentiasa mengawasi dirinya dan menuntut pertanggungjawaban keatas setiap kejahatan,yang kecil mahupun yang besar.Kenyataan pemerintah atau pegawai kerajaan yang tidak memiliki sifat taqwa kepada Allah serta tidak takut pada pengawasanNya secara luaran dan dalaman tidak boleh dinafikan maka pemerintah atau kakitangan yang demikian pasti bersikap menindas rakyat dan bertindak dengan sewenang-wenangnya.

Benci pada amalan rasuah ini akan dapat dihayati dalam diri sekiranya diajar dan dididik sejak zaman persekolahan lagi.generasi yang dididik benci rasuah akan membesar menjadi individu yang lebih bertanggungjawab,amanah,ikhlas.Sistem pendidikan ini akan membentuk generasi akan datang yang bebas daripada rasuah.Prosedur pemprosesan yang panjang,sukardan lambat perlu diperkemaskan dan dipermudahkan dengan menggunakan kelebuhan ICT.Penggunaan borang,proses temuduga dan seumpamanya perlu diringkaskan supaya tidak membebankan orang ramai khususnya para peniaga,kontraktor dan pelabur.Proses yang mudah dan telus ini akan dapat menghindari bahaya rasuah kerana tidak perlu disogok semata-mata untuk mempercepatkan proses.

No comments: