Friday, September 25, 2009

Musa Hasan (kpn)kalut.


Semalam dalam berita tv3,KPN Musa Hasan mengeluh kerana kes kemalangan jalanraya menjelang hari raya semakin meningkat walaupun berbagai peraturan dan saman dikeluarkan namun statistik menunjukkan kemalangan tetap juga bertambah dan komen Musa dalam hal ini walaupun hukuman gantung dikenakan terhadap pemandu namun statistik tetap menunjukkan kemalangan tetap juga akan berlaku dan ini merupakan satu jenayah pada pengguna yang lain.

Yang peliknya sejak Musa menerajui agensi penguatkuasaan ini bermacam-macam trajedi yang melibatkan imej negara semakin tercalar jika dibandingkan dengan bekas Ketua polis yang sebelum ini.Semua rakyat sudah tahu akan perjalanan beliau dari seorang pegawai penyiasat terus melonjak naik sebagai Ketua polis negara dan ini gara-gara terimakasih terhadap beliau atas kapasiti melakukan yang terbaik dalam kes DSAI berkenaan kes liwat ketika era Tun Madey.

Isu moral yang melibatkan beliau dengan kongsi gelap,ceti haram dan hubungan dengan taukeh-taukeh besar termasuk melindungi ahli-ahli politik menyebabkan perlantikan beliau tidak disenangi oleh peringkat bawahan dalam pdrm termasuk penyambungan secara kontrak untuk tempoh yang belum dipasti lagi.

Kes jenayah yang semakin menjadi-jadi diera Musa menyebabkan malaysia di syaki menjadi trandit utama bagi penjenayah melindungi diri.Kes rompakan semakin berterusan sejak akhir-akhir ini.Walaupun kita tahu Musa adalah dari golongan keluarga yang disegani namum kerana kuasa dan pangkat segalanya diketepikan dan terbaru beliau akan guna apa cara sekalipun untuk memenjarakan DSAI untuk kali kedua dalam kes liwat yang dalam perbicaraan dimahkamah.

Ramai lagi pegawai polis yang berkelayakan untuk menduduki jawatan KPN ini namun atas dasar politik yang caca merba menyebabkan ada pegawai yang bersara seperti menunggu bulan jatuh ke riba.Perlantikan ketua-ketua polis yang ditentukan oleh tangan-tangan ghaib dan taukeh besar menyebabkan intergriti pegawai polis tercemar dan memalukan negara.

Boleh dikatakan sejak Musa mengambil alih jawatan ini bermacam-macam hal dan karenah berlaku jika dikira zaman Norian Mai,Bakri adalah zaman terbaik untuk menambahbaikan PDRM namun ini hanya sia-sia saja dan era Najib akan menjadi bertambah kusut lagi kerana survival politik bagi pemimpin politik menentukan masa depan mereka bergantung pada Musa Hasan.Rasuah dalam perkhidmatan PDRM juga gagal diatasi dan slogan yang dipakai oleh anggota polis juga gagal menunjukkan masalah ini dapat diatasi.

Musa banyak retorik demi menunjukkan ketegasan beliau seperti soal PKFZ yang hangat diperkatakan dalam akbar dan internet.Beliau mahu mengheret mana-mana pemimpin yang membocorkan maklumat PKFZ yang dianggap sebagai OSA.Namun adakah beliau berani melakukan semua ini dan andaikata ia berlaku ia hanyalah retorik untuk mengelabui mata rakyat dalam PRK Bagan Pinang nanti.Banyak laporan polis dibuat yang melibatkan pemimpin Umno Bn namun ia hanya sia-sia sebaliknya pemimpin pembangkang yang di bawa ke mahkamah.

Sikap double standard inilah menyebabkan apa yang berlaku dalam negara kita menjadi tidak ketentuan kerana ketamakkan kuasa dan menggunakkan kekerasan terhadap rakyat malaysia seperti apa yang berlaku dalam banyak kes demo secara amam yang berlaku.Akta Polis digunakan sewenang-wenangnya padahal Perlembagaan malaysia lebih tinggi dari Akta Polis.Ini membuktikan urusan politik telah mengambil alih dalam pengurusan PDRM disebabkan mahu melindungi mereka-mereka yang bersalah.

Hari ini rakyat merasa bosan dengan apa yang berlaku dalam negara kita dengan jenayahnya,rompakan,dadah dan pembunuhan yang semakin menjadi-jadi namun semakin hari ia semakin berleluasa dengan setiap hari ada saja yang berlaku terpampang dalam tv dan akhbar namun ia masih juga berlaku walaupun bermacam-macam hukuman dilakukan.Bab kata semua penjara di malaysia belum cukup lagi nak menampung penjenayah.

Puncanya adalah sikap orang atasan seperti juga sikap pemandu jalanraya yang tidak mempunyai nilai-nilai hidup dan tidak sabar maka berlakulah perkara yang tidak diingini seperti apa yang terjadi hari ini dengan kejadian yang membingungkan rakyat malaysia disebabkan amalan rasuah yang berleluasa sehingga menjadi barah pada negara.Rakyat mahukan agensi penguatkuasaan ini menjadi seperti dahulu yang benar-benar menjaga keamanan negara dan melindungi rakyat yang dalam kesusahan.

No comments: