Wednesday, April 1, 2009

Ekonomi merudum...pengurusan yang tidak telus.


Sudah sedia maklum,sesungguhnya negara kita malaysia memang kaya dengan hasil bumi yang melimpah ruah dengan getah,kelapa sawit,minyak dan gas dan pelbagai barang komoditi sepatutnya malaysia menduduki tangga yang terbaik di dunia.Dengan kekayaan yang melimpah ruah yang telah di anugerah oleh Allah,negara kita tidak mampu menjana kekayaan seluruh rakyatnya dengan selesa.Penyediaan prasarana,kemudahan dan perkhidmatan awam yang bertaraf dunia dengan kadar tol.caj dan cukai yang munasabah tidak dapat dibuat dan sepatutnya negara berupaya menyediakan kemudahan asas seperti kemudahan kesihatan,pendidikan percuma dan rumah mampu milik yang merupakan tanggungjawab mana-mana kerajaan yang memerintah tapi sebaliknya.Secara teorinya ekonomi malaysia sepatutnya sudah mencipta peluang bagi memberi pendapatan yang baik kepada semua golongan tapi sebaliknya yang terjadi,negara masih dihantui masalah jurang antara bandar dan desa serta kaya dan miskin.

Menteri Keewangan yang bakal Perdana Menteri tidak lama lagi baru-baru ini telah mengumunkan pakej rangsangan sebanyak Rm 60 bilion dan sebelum ini sebanyak Rm 7 bilion telah diagihkan kepada proksi-proksi Umno yang mengalami kejatuhan akibat kemelesetan ekonomi.Ini merupakan jumlah yang besar tapi soalnya adakah pakej ini telah sampai pada sasaran yang sepatutnya rakyat yang memerlukan.Kenaikan harga barang,soal pembuangan pekerja dan pengganguran merupakan asas utama yang patut kerajaan utamakan dengan pakej yang besar ini.Sebenarnya pakej yang besar ini bukanlah untuk kebaikan rakyat sebaliknya ia telah digunakan untuk melaksanakan projek-projek yang dibuat tanpa penilaian ekonomi ketika ini.Projek-projek telah di tender secara tertutup ,mengetepikan segala peraturan dan prosedur kerajaan dengan harga yang tinggi kepada kroni-kroni dan proksi mereka.

Kesan dari krisis ekonomi ini telah menjunam ketahap membimbangkan dengan jumlah ekspot,pelaburan dan perbelanjaan perseorangan menjadi lembap dan ini akan berterusan dalam jangka waktu yang panjang untuk tahun ini sehingga tahun 2010.Banyak syarikat2 yang telah menutup operasi mereka akibat kegagalan kerajaan membangun semula ekonomi dan ini amat dikesali.Pasaran buruh juga terus menjunam hingga ketahap kritikal disebabkan projek2 tidak dapat dijalankan dengan pantas dan ini memberi kesan pada rakyat yang bergantung pada sektor pembinaan sebagai mata pencarian mereka.Pada keseluruhannya ramai yang akan hilang mata pencarian mereka dengan trend hari ini pembuangan pekerja yang berterusan.Maka kesannya akan terpalit pada negara kita juga dan inilah masalah besar yang patut sama-sama kita renung.

Baru-baru ini bakal Pm kita yang baru telah meluluskan sebanyak 10 lesen perjudian sedangkan beliau baru sebulan memegang jawatan sebagai Menteri Keewangan.Menambahkan kantung negara dengan mencampur adukan hasil-hasil perjudian di sebabkan kurangnya simpanan dalam negara dan adakah ini satu perbuatan yang baik jika beliau menjadi PM.Apakah harapan ini akan berterusan dan rakyat akan menerima kaedah ini.Apakah jaminan dari pimpinan ini akan menjadi negara kita ekonomi semakin baik?

Selepas pemilihan Umno yang baru saja melabuhkan tirainya dan melihat kepada kepimpinan yang menang,boleh dikatakan masih ada lagi corak yang dipilih itu dari kalangan yang bermasalah dari segi moralnya,rasuah,salah guna kuasa dan mempunyai agenda yang tertentu dalam pemilihan ini.Laungan perubahan hanya retorik semata-mata dengan ucapan yang berkobar-kobar bagaikan api yang menyala tapi akhirnya hilang entah kemana.Inilah sikap pemimpin Umno yang telah menjadi budaya sejak dulu lagi dengan ketibaan setiap pemilihan maka itu lah ruang yang digunakan untuk membakar jiwa dan semangat ahli-ahli Umno sedangkan ia adalah hipokrit semata-mata demi menjaga survival politik mereka dan inilah masalah pokok yang ada dalam kepimpinam Umno hari ini.

Kisah dan cerita mangsa rakyat mongolia masih menghantui negara kita dengan bermacam-macam alasan yang diberi oleh bakal PM namun rakyat melihat ini sebagai satu tanda akan kejatuhan setiap pemimpin yang melakukan kesalahan dan adakah layak kita sebagai rakyat malaysia yang bermaruah memilih pemimpin seperti ini.Pembelian senjata dan kapal selam dengan nilai yang tinggi serta komisen telah memburukkan lagi keadaan serta imej negara kita dimata dunia dengan pemimpin yang sebergini.Rakyat mengharapkan ekonomi malaysia akan memacu dengan pantas tapi sebaliknya dengan apa yang ada hari ini,sikap pemimpin yang hanya pentingkan diri sendiri tanpa menghiraukan apa yang berlaku pada rakyat keseluruhannya.

Untuk itu,bagi mengatasi masalah ekonomi yang kian lembab kepada rakyat maka satu gagasan Agenda Ekonomi Malaysia yang diumumkan oleh Pakatan Rakyat patut dialukan supaya agihan kekayaan negara kita dapat di beri pada setiap peringkat golongan dan kaum baik di serawak mahupun sabah agar semua rakyat malaysia mendapat manafaat dari hasil negara yang melimpah ini dengan setiap mereka akan mendapat keadilan dan membaiki taraf kehidupan mereka hingga keanak cucu dan juga setiap orang melayu dan juga dari bangsa yang lain akan mendapat kebaikan dari semua sektor kerana perkara utama yang perlu ditekankan adalah agar rakyat mendapat yang terbaik.

No comments: