Sunday, April 5, 2009

madey masuk umno.??

Terkejut bila Tun Madey serah borang nak kembali kepada Umno..tak tau apa crite orang tua ni buat tebiak..nyanyuk agaknya atau pun melayu mudah lupa(kata2 beliau dlu).Tiba-tiba jer selepas Jib di umumkan memegang jawatan PM.Apa lagi yang di kejar oleh Tun Madey ni..dah lanjut usia pun masih nak memegang kuasa lagi..Pasti ada yang tidak kena..mungkin banyak lagi soal-soal dan kes lampau yang melibatkan Madey belum lagi selesai dan juga masih banyak lagi harta-harta negara kita yang belum sempat mereka sapu..inilah akibatnya bila kuasa dah menguasai diri...Bayangkan apa akan terjadi jika ada pemimpin macam ni..
Sejarah membuktikan bagaimana zaman pemerintahan madey dulu banyak kerosakan yang beliau lakukan terhadap negara malaysia dan bermacam-macam pindaan perlembagaan yang menyebabkan rakyat memberontak dan mengadakan demo jalanan bagi memprotes kebiadapan madey semasa memegang jawatan Pm.Landskap politik malaysia terus berubah semasa era madey dan sokongan rakyat terhadap Umno berkurangan.
Barulah nampak ada perubahan bila peralihan kuasa dari madey ke pak lah dalam pilihanraya ke 11 dengan kemenangan besar Barisan Nasional namun itu hanya seketika sahaja apabila dalam pilihanraya ke 12 sokongan rakyat bertambah parah bila 5 buah negeri jatuh kepada Pakatan Rakyat.Hari ini berlaku perkara yang sama yang mana peralihan kuasa antara pak lah dan jib terjawab dan janji madey masuk umno di kotakan.Apakah pak lah akan berdiam diri dalam hal ini.Persoalanya kenapa era pak lah jadi pm..madey tidak persoal nak masuk umno..ini tandanya ada hubungan yang tidak baik antara mereka berdua dan sejarah membuktikan bahawa pak lah pernah kecewa dan keluar umno dan menubuhkan semangat 46 yang berpunca dari madey.
Apakah dengan kemasukan madey yang berganding bahu dengan jib akan menaikkan sokongan rakyat pada umno? Ingat kita bahawa zaman madey telah berlalu untuk hari ini..sekarang ini malaysia menuju ke alam politik baru yang memerlukan pelapis-pelapis muda yang dapat memimpin dengan jujur,amanah dan telus.Apakah harapan umno untuk mengembalikan sokongan rakyat akan berjaya? PRK di Bukit Gantang..Bukit Selambau dan Batang Aii akan membuktikan segala-galanya.Apakah dengan keputusan yang berpihak pada Pakatan Rakyat nanti akan menyebabkan imej jib dan madey akan pupus.
Rakyat hari ini sudah muak dengan kepimpinan umno selepas pemilihan baru-baru ini.Tiada perubahan yang besar terhadap pemimpin yang menang dan masih lagi mengekalkan pemimpin yang ada masalah moral..rasuah..dan macam-macam ada tapi bila ucapan dalam dewan..pemimpin berkobar-kobar dengan laungan 'hidup melayu' serta'hidup umno' dan juga 'umno perlu berubah'...mcm pepatah'hangat-hangat tai ayam'.Dengan kemasukan madey dalam umno diharap imej dan saham jib akan naik namun sebaliknya..adakah jib akan kekal sebagai Pm? Adakah akan ade orang umno suke bila madey masuk umno kembali? Hakikatnya selagi muke madey ada dalam umno..umno akan rebah dengan jib sekali.Hari ini rakyat tidak perlukan madey lagi dalam politik..cukuplah dengan usia bersara beliau..tak perlu nak menjadi penasihat kepada jib lagi.
Hari ini dapat dilihat bagaimana selepas medey masuk umno maka ramai lah juak-juak menteri-menteri yang seangkatan madey muncul..menyokong dan ada juga mengharapkan agar Menteri Kabinet baru akan di lantik oleh jib nanti..budaya an fu sana an fu sini masih berlaku dan tidak hairan dan tidak mustahil jika susunan kabinet baru yang akan di lantik nanti akan menyisihkan puak-puak pak lah...adakah mereka akan berdiam diri? adakah yang menang dalam pemilihan umno baru ini akan di lantik? kita tunggu dan lihat dan segala keputusan di PRK di Perak..Kedah..Sarawak akan menentukan imej jib dan madey akan terkubur atau tidak.

No comments: