Friday, April 17, 2009

PRK DUN PENANTI.


Satu kejutan lagi apabila Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang meletak jawatan sebagai ADUN Penanti.Memang telah agak dari awal lagi supaya beliau meletak jawatan tapi banyak berdolak dalih tapi sejak siasatan dijalankan oleh SPRM maka beliau akur supaya meletak jawatan di sebabkan ada kepentingan dalam projek kuari di Pulau Pinang.Persoalan yang timbul bukan nak mencari kesalahan sesiapa pun tapi soalnya adalah mengenai tahap KPI pemimpin Pakatan Rakyat termasuk wakil rakyat mahupun exco2 kerajaan Pakatan Rakyat tidak mengira dari parti mana sekalipun yang boleh menjejaskan kepercayaan rakyat keseluruhanya.
Sebenarnya apa yang berlaku merupakan pemutihan terhadap mana-mana pemimpin ahli politik yang melakukan kesalahan jika di bandingkan dengan pemimpin Umno yang masih lagi mempunyai pemimpin yang korup tapi masih memegang jawatan dalam parti mahupun jawatan sebagai wakil rakyat.Pakatan Rakyat mesti menunjukkan kepada rakyat bahawa ketelusan dan amanah penting dalam organisasi parti baik peringkat Parlimen mahupun Negeri.Kita tidak mahu budaya Umno berada dalam parti yang menjunjung kehendak rakyat.Sebab itu mana-mana yang melakukan masalah tak mengira bangsa akan di pecat jika benar2 melakukan kesilapan.
Kepentingan rakyat segalanya dan bukan mempunyai kepentingan diri.Ini lah yang perlu di tekankan supaya rakyat dapat menilai mana yang terbaik untuk mereka.Wakil Rakyat tidak perlu untuk mengumpul harta sebab amanah yang diberikan oleh rakyat merupakan amanah yang benar2menjadi kehendak rakyat.Mengapa adanya wakil rakyat yang mempunyai sikap sebegini?Kalau nak berniaga maka teruskan berniaga tapi sebagai wakil rakyat tidak perlu itu semua jadi jika ada yang mempunyai sikap sedemikian maka lebih baik letak jawatan dan tumpukan kepada bidang perniagaan.
Berbalik kepada PRK Penanti yang bakal di adakan dalam masa terdekat ini,merupakan tamparan hebat pada Umno Bn yang mana sebelum ini telah 4 kali tewas selepas Permatang Pauh,Parlimen Trengganu,Bukit Gantang dan Bukit selambau.Maka apakah harapan Umno cerah untuk merampas kembali Dun Penanti ini?Perlantikan Najib sebagai Perdana Menteri menyemarakkan lagi semangat rakyat untuk menumbangkan Umno Bn dalam pilihanraya kali ini.
Inilah harapan rakyat jika dibandingkan dengan Umno Bn.Pakatan Rakyat telus dalam menjaga kepentingan rakyat tidak mengira bangsa dan agama maka jika ada pemimpin yang korup hendaklah undur secara hurmat.Ada bagusnya jika PRK ini sentiasa ada bagi menguji sejauh mana sokongan rakyat terhadap pembangkang.Banyak isu-isu yang ada hari ini akan melemahkan semangat Bn untuk melakukan perubahan yang dilaungkan selama ini oleh pemimpin mereka.
Apakah Najib akan mengerahkan bala-bala tenteranya untuk menyerang pembangkang di Penanti nanti?Mereka sanggup menghabiskan jutaan ringgit untuk menumpaskan calon yang bertanding terutama sekali dari parti Keadilan rakyat jika dibandingkan dengan pas.Hakikatnya memang Umno gentar pada calun Keadilan dan mereka sanggup kerahkan segala jentera kerajaan untuk memenangi Dun Penanti.Tidak hairan jika calun bebas di Bukit selambau akan sama hebat juga untuk bertanding di Dun Penanti.Dun Penanti merupakan Dun di Parlimen Permatang Pauh dan semestinya Penasihat PKR merupakan member of Parlimen jadi Umno akan sedaya upaya untuk memusnahkan karier politik Anwar dan menjatuhkan imej PKR di mata rakyat dan tidak mustahil jika Perdana Menteri kita yang baru akan meminta nasihat dari Tuan Penasihat mantan Perdana Menteri Tun Mahathir mohamad sebagai jalan untuk menlenyapkan Anwar dalam politik tanahair .
Apa sekalipun Umno Bn banyak isu yang akan dimainkan oleh pembangkang termasuk juga mengenai perlantikan kabinet baru Najib,pengguguran nama2 penting dalam arena politik semasa era Pak Lah,isu harga barang yang semakin meningkat,kenaikan harga tol dan sebagainya.Inilah perkara asas yang patut kerajaan Umno fikirkan untuk rakyat malaysia tapi sebaliknya mereka masih lagi bercakaran sesama sendiri dalam soal perebutan kuasa seperti apa yang berlaku di Sidang Dewan Dun Trengganu,kekalutan politik di Perlis dan juga soal ekonomi yang kian meruncing ketika ini.
PRK di Penanti akan menentukan segalanya kehendak rakyat yang sebenarnya.Rakyat Malaysia akan melihat satu kebangkitan rakyat akan bermula bagi merealisasikan harapan Baru Malaysia yang menjurus kepada kepentingan rakyat dan bukanya memperkayakan tembolok mereka2 dan Umno mesti mengambil iktibar dari apa yang berlaku dalam pakatan Rakyat ini sebagai pemutihan demi negara tercinta dan berasaskan Perlembagaan malaysia yang sebenarnya.Sistem Kehakiman yang telus,Kebebasan media eletronik dan akhbar serta kuasa agensi penguatkuasa di martabatkan seperti SPRM dan PDRM.Pengasingan dari pengaruh politik mesti dilakukan dan tidak dapat tidak sama sekali agensi ini diperkudakan oleh mana-mana unsur2 politik untuk kepentingan pihak-pihak tertentu.
Selepas ini tidak mengira dari negeri mana kerajaan Pakatan Rakyat yang memerintah,jika ada pemimpin yang tidak amanah hendaklah di pecat jika terbukti melakukan kesalahan sebab kita tidak mahu adanya budaya Umno yang berada dalam kerajaan Pakatan Rakyat yang mementingkan diri sendiri akan menimbulkan persepsi yang tidak baik bagi rakyat malaysia.Rakyat akan melihat setiap gerak laku pemimpin pakatan rakyat dan adanya kemudahan internet pada hari ini akan memudahkan segala maklumat akan sampai dan rakyat pada hari ini sudah cerdik dan dapat menilai apa yang berlaku cuma media kerajaan yang ada pada hari ini sedaya upaya memutarbelitkan kebenaran yang sebenarnya.
Pengalaman Permatang Pauh,Parlimen Trengganu,Bukit gantang dan Selambau akan menjadi kayu ukuran pada Umno untuk mengubah segala laungan yang selama ini diwarwarkan pada rakyat malaysia namun hakikatnya sudah terlambat kerana rakyat tidak mahu tertipu dengan segala dakyah yang selama ini hanya retorik semata-mata.
Hari ini kita akan melihat bahawa Pakatan Rakyat semakin lama telah diterima oleh berbagai bangsa dan agama dan sokongan dari seluruh pelusuk negara sama-sama mendokong kerajaan Pakatan Rakyat kerana Pakatan Rakyat akan melakukan yang terbaik untuk negara malaysia dan sebab itu apa yang dilakukan terhadap pemimpin yang bersalah merupakan benih-benih pembersihan yang tidak ada pada Umno Bn.Pakatan Rakyat mahukan pemimpin yang berjiwa rakyat seperti zaman nenek moyang kita dulu.Di lihat ketika zaman sebelum Mantan Tun Mahathir lagi,mana ada wakil rakyat yang macam hari ini.Semua dari mereka betul2 memperjuangkan bangsa dan negara tapi hari ini berbeza dengan harta yang bertambum-tambum.Inilah apa yang kita tidak mahu lihat berlaku dalam kerajaan pakatan Rakyat.
Mungkinkah Mantan Tun Mahathir akan turut serta dalam kempen di Penanti akan terjawab dalam masa terdekat nanti.hakikatnya zaman era Tun telah berlalu dan rakyat sudah bosan dengan Tun yang masih lagi mahu menonjolkan diri dan PM Najib terpaksa akur dengan kehendak Tun yang menjadi Tuan Penasihatnya dalam melakukan sesuatu di luar batasan dan mengawasi pentadbiran negara sedangkan rakyat sebenarnya tidak mahu campurtangan mana-mana bekas Pm dalam urusan negara,tidak seperti Tun Pak Lah yang hanya berdiam diri sahaja dan tidak perlu lagi nak menonjolkan diri.Jadi harapan tinggi kepada rakyat akan terus mendokong kepimpinan Pakatan Rakyat yang bersih dari segala unsur-unsur kejahatan,telus,amanah dan jujur serta jiwa yang kental dalam menghadapi amcaman dari Umno Bn yang sentiasa mencari jalan untuk melemahkan pakatan rakyat keseluruhannya demi kepentingan pemimpin Umno yang haprak yang tamakkan kuasa dan sanggup melakukan apa saja seperti apa yang berlaku di Perak tanpa mengikut peraturan dan undang-undang yang sedia ada.

No comments: