Sunday, April 19, 2009

ANWAR DI KUANTAN.

Ceramah Anwar di Kuantan semalam boleh dikatakan mendapat sambutan yang luar biasa dimana segala orang yang datang tidak mengira tua muda dari segenap pelusuk kampung dan pekan yang berhampiran dan ada juga dari luar Kuantan memenuhi program ceramah walaupun ketika itu hujan renyai-renyai namun orang ramai tidak berganjak dan bersemangat untuk mendengar amanat Ketua Umum yang dijangka akan memberi tamparan hebat kepada Pm Najib yang pada masa yang sama membuat lawatan keKuantan.Perasmian pejabat PKR Kuantan oleh Ketua Umum mendapat tepukan dari segala pendokong-pendokong parti dan ahli-ahli parti yang hadir pada hari itu.

Ini bukan pertama kali Ketua Umum bertandang ke Kuantan.Setiap kali kedatangan beliau ke kuantan maka ramailah dengan orang umno yang datang untuk mendengar tapi hanya duduk berjauhan dari tempat ceramah takut akan dilapurkan pada pihak atasan.Dengan Pengerusi Perhubungan Pahang yang baru iaitu Datuk Fauzi maka nampak ada perubahan dari segi momentum rakyat pada PKR dan tidak dinafikan Datuk Fauzi masih lagi mempunyai ramai penyokong dikalangan orang umno sendiri dan sebagai pengerusi beliau menpunyai tanggungjawab yang besar terhadap parti bagi merealisasikan kehendak rakyat yang sebenarnya.

Tidak mengira kemana saja Ketua Umum berceramah di pelusuk negara mahupun Sabah dan Serawak maka yang pasti jumlah yang datang pasti ramai sehingga jalan yang nak dilalui pun menjadi padat dan bermacam-macam cara dan sambutan untuk meraikan kedatangan Ketua Umum termasuk dengan bendera parti dan bena-bena serta penyebaran risalah-risalah supaya maklumat sampai ke pengetahuan rakyat dan ini memerlukan jentera kerja yang ramai dan padu serta mempunyai semangat juang terhadap parti dan ikhlas dalam semua hal dan bukan macam umno yang mengajar budaya duit yang mana ia tidak patut di budayakan dalam Pakatan Rakyat.

Apakah selepas pada program ceramah malam itu,ahli-ahli parti yang berjawatan mahupun pendokong-pendokong akan merealisasikan parti atau sekadar gah di ceramah sahaja tapi selepas itu sunyi dan layu tanpa ada perjalanan untuk memperkukuhkan organisasi parti ?Mungkin ada tempat-tempat dan negeri yang mempunyai kekuatan dari segi oeganisasi parti namun tidak semua yang begitu.Sepatutnya ahli parti yang berjawatan dan pendokong akan bertambah semangat selepas sahaja Ketua Umum membakar semangat tapi sebaliknya.Pergaduhan diperingkat bawahan masih lagi berterusan disebabkan amalan berpuak-puak masih kuat dan masing-masing mencari kelemahan orang lain yang sepatutnya diketepikan demi masa depan parti.

PKR merupakan satu parti yang mempunyai harapan untuk masa depan walaupun ia masih baru lagi jika dibandingkan dengan parti yang lain namun ia telah menunjukkan potensi yang cemerlang dalan setiap kali pilihanraya dan hari ini rakyat dapat menerima dengan seadanya.Jiwa-jiwa perjuangan perlu ditanam dan disemai dengan sebaiknya pada pendokong parti agar ia menjadi sebuah harapan baru untuk rakyat malaysia yang cintakan keamanan serta penerimaan terhadap parti ini oleh berbagai bangsa dan agama yang menjadi teras utama.

Hari ini Ketua Umum di anggap sebagai ikon dan lambang harapan malaysia.Terlintas di fikiran kita tentang kezaliman,kehakiman,badan-badan penguatkuasa yang tidak telus maka timbulah lambang kebencian terhadap apa yang berlaku pada Ketua Umum dahulu yang menyebabkan timbulnya demotrasi jalanan dan protes-protes yang inginkan malaysia menuju kearah Malaysia baru.Di peringkat bawahan perlu ada sikap terbuka dalam parti dan jauhi sikap kepentingan diri demi menjaga maruah parti dan umno akan bertukus lumus untuk melemahkan PKR walau dengan apa cara sekalipun tidak mengira halal dan haram maka ISA di gunakan dan slogan 'sape lawan tangkap.Inilah yang kita tidak mahu lihat pada generasi yang akan datang.

Peringkat atas dengan cara atasnya dan peringkat bawah mesti bekerja dengan kuat untuk memperkukuhkan parti.Hari ini hanya Ketua Umum yang menjadi lambang perjuangan bagi generasi muda hari ini untuk meneruskan perjuangan parti ketahap yang lebih tinggi namun setakat manakah jika organisasi yang ada di peringkat bahagian dan cawangan masih lagi lintang pukang dengan sikap mengadu domba.Kita kena ingat harapan untuk menuju ke Putra Jaya semakin cerah dan dikala ini juga ada ahli-ahli parti yang akan mengambil kesempatan untuk menjadi calun dalam pilihanraya yang akan datang.Cantas-mencantas akan berlaku tapi yang menjadi persoalan sekarang ialah adakah yang mempunyai sikap cantas mencantas ini mempunyai kekuatan dari segi jenteranya,apakah ada program dalam organisasi parti untuk menarik lebih ramai ahli parti?

Hari Ini kita ada ketua Umum yang bernama Anwar Ibrahim.Pendokong parti kena ambil iktibar bahawa manusia itu tidak kekal selamanya dan adakah selepas Ketua Umum mengundurkan diri dari alam politik maka pendokong yang selama ini termasuk juga ahli parti akan meneruskan perjuangan yang dibawa oleh Ketua Umum ini?Sebab itu mulai dari sekarang maka semua ahli parti kena memperkasakan parti dan tidak perlu menanti apa yang hendak dilakukan kerana Ketua Umum akan melihat sejauh mana ahli parti akan menjadikan PKR ini sebagai parti yang berbisa dengan kata-kata keramat.Tanggungjawab di letakkan di bahu ahli dan pendokong parti agar rakyat dapat menilai keberkesanannya pada negara yang tercinta ini.

No comments: