Monday, April 20, 2009

KEMELUT TRENGGANU BELUM SELESAI.

Undi dan kepercayaan terhadap Menteri Besar Ahmad Said masih lagi berjalan tapi tidak didedahkan secara total namun setakat ini seramai 18 wakil rakyat dari team Idris Jusoh masih lagi menunggu lampu isyarat dari pihak atasan untuk mencari penyelesaian apa yang berlaku di Trengganu ini sebagai gila kuasa.Rentetan dari pemulauan sidang Dun baru2 ini sehingga lah campurtangan dari Tuan Presiden Umno namun tidak ada jalan penyelesaian dan apa yang berlaku ini merupakan kerja orang nakal.Ini lah kata-kata penyokong Ahmad Said terhadap proksi Idris Jusoh.
Sebenarnya apa yang berlaku di Trengganu semenjak pengambilalihan oleh Menteri Besar yang baru sudah pun bertiup kencang semasa beliau di lantik dahulu oleh pihak istana lagi.Selepas perlantikan sebagai MB Trengganu,banyak perubahan yang dilakukan termasuk melakukan pertukaran terhadap pegawai tinggi negeri dari kumpulan A yang melibatkan proksi-proksi Idris Jusuh.Ramai dari Yang Di Pertua Majlis tempatan Negeri yang telah di turunkan pangkat dan di letakkan di agensi kerajaan yang tidak setaraf dengan jawatan mereka.Dikalangan pegawai daerah dan Penolong Pejabat tanah telah ditukarkan serta pegawai di peringkat pejabat SUK dan ini menimbulkan rasa tidak puas hati terhadap pentadbiran Ahmad Said.
Semua proksi Idris Jusoh ramai yang ditukarkan dan ada juga di turunkan pangkat namun yang pasti semua mereka yang berada dalam GLC Negeri Trengganu telah di tamatkan kontrak.Sebelum ini Pelabuhan Kemanan serta EPIC telah dikawal oleh kroni2 Idris Jusoh namun selepas itu berlaku penamatan kontrak dan diganti dengan proksi Ahmad Said.Inilah apa yang berlaku di Trengganu merupakan perebutan kuasa untuk mengaut segala razeki yang terdapat di Trengganu.Perlantikan bekas pemandu Ambulan dan perlantikan ahli korporat dalam syarikat PESAMA menyemarakkan lagi kemarahan mereka di puak Idris Jusoh.Bekas pegawai di syarikat TATI juga telah dilantik sebagai CEO EPIC yang mana sedia maklum mereka ini adalah dari kalangan sahabat SU politik Ahmad Said.Nampaknya kuasa ini hanya berlegar-legar antara puak mereka sahaja.
Seorang lagi proksi Idris Jusuh iaitu Adun Chukai dan Adun Air Putih juga terlibat dalam usul undi tidak percaya kepada Ahmad Said.Sebelum ini Adun Chukai merupakan taiko utama dalam EPIC juga telah ditamatkan kontrak.Ramai dikalangan kontraktor yang terlibat dalam projek di KSB juga telah ditamatkan kontrak.Ini lah usaha yang dibuat oleh pengurusan baru MB untuk melenyapkan pengaruh Idris Jusoh di semua peringkat baik dalam peringkat tertinggi kerajaan mahupun di semua anak syarikat berkaitan negeri trengganu.
Perlantikan JKKK yang baru juga tidak dapat dilakukan.Suasana kelam kabut menyelubungi perlantikan JKKK baru akibat desakan dari pengaruh Idris Jusoh yang mahukan orang-orang nya tidak dibuang atau dipecat.Perlantikan JKKK baru juga mendapat tentangan dari JKKK lama dan maklumat terbaru elaun JKKK ini akan dinaikkan lagi dengan mengikut keadaan semasa.Boleh dikatakan semua perlantikan JKKK ini tertangguh dan watikah berkenaan perlantikan JKKK baru juga ditangguhkan atas sebab-sebab teknikal dan hingga ke hari ini JKKK masih lagi belum pasti dan ia telah berlarutan selama 4 bulan.
Pembukaan mini zoo di Ibok juga mendapat tentangan dari penduduk setempat terutamanya warga kemaman.Dengan bayaran yang tinggi ditambah pula masih lagi berkurangan dari binatang yang ada serta kemudahan tapak yang belum lagi teratur serta jalan masuk yang becak akibat hujan.Ini merupakan projek kroni yang dibuat untuk memberi ruang pada kontraktor untuk mendapat habuan dari projek Majlis Pembandaran kemaman.Perlantikan YDP MPK juga dikatakan mempunyai kaitan dengan proksi Ahmad Said.
Sebenarnya apa yang berlaku di Trengganu ini merupakan perebutan untuk mengaut seberapa banyak duit yang belum selesai ketika zaman IdrisJusoh lagi serta ketidakpuasan hati terhadap Ahmad Said yang banyak menyekat serta merubah segala tinggalan yang dilakukan oleh Idris Jusuh dahulu.

No comments: