Thursday, July 9, 2009

pakatan tetap kuat.

Sejak kemenangan dalam pilihanraya 8 mac lalu,Umno dan Barisan Nasional telah
banyak melakukan agenda yang bertujuan untuk melemahkan Pakatan Rakyat
keseluruhanya.Kejatuhan 5 buah negeri beserta rampasan kuasa di Perak menyebabkan
rakyat menjadi muak dengan telatah Umno yang melanggari perlembagaan malaysia.
Isu rampasan kuasa yang dilakukan serta dengan isu remeh temeh yang dimainkan oleh
pimpinan Umno untuk melemahkan Pakatan Rakyat semakin gagal dan ditambah pula
dengan isu yang berkaitan dengan perpaduan,isu liwat Dsai serta isu babi dan provokasi
yang dilakukan oleh ejen Umno di Negeri Pakatan Rakyat tidak menjadi kenyataan.Rakyat
akan melihat isu ini sebagai modal untuk menjatuhkan Umno dan Barisan Nasional dalam
pilihanraya yang akan datang ini.

Segala keputusan dalam pilihanraya kecil yang berlaku sebelum ini telah menunjukkan
rakyat semakin matang dalan memilih mana yang betul dan slogan Umno tumbang akan
menjadi kenyataan tidak lama lagi.Memang tidak dinafikan Pakatan sekarang telah menjadi kuat dengan isu yang ditimbulkan sekarang ini akan membuatkan peminpim
Pakatan Rakyat akan menjadi matang.Bukan senang untuk menyedapkan hati 25 juta
rakyat malaysia tapi ia merupakan yang terbaik jika dibandingkan dengan Umno dan
Barisan Nasional.
Pemimpin Umno semakin tertekan dengan kejayaan Pakatan Rakyat menambat hati
rakyat tapi dengan Perdana Menteri yang baru yang tidak bermoral dan banyak
melakukan kesalahan sejak dulu lagi dengan isu Altantuya serta moral Rosmah
Mansur yang dikatakan mengawal segala pentadbiran Najib menyebabkan rakyat hari
ini merasa bosan dan benci dengan sikap kepuraan pemimpin Umno hari ini dengan
retoriknya dan janji yang hanya tinggal janji.
Umno dan Barisan Nasional perlu ditumbangkan dulu untuk menjadikan Umno itu
relevan.Selagi ada pemimpin Umno yang tidak bermoral dan melakukan rasuah maka selagi itulah Umno akan dipandang hina oleh rakyat malaysia.Kita mahu menjadikan
negara ini sebagai negara yang berdemokrasi dan bukanya negara kuku besi.Hari ini
rakyat telah menjadi mangsa keadaan oleh penguatkuasaan yang dilakukan oleh penguatkuasa negara yang tidak mengikut lunas undang2 serta memjadikan rakyat
tempat di ugut untuk kepentingan politik mereka.

No comments: