Tuesday, August 4, 2009

Adun Bn Kemasik dan Sprm.

Memang benar apa yang di bagitahu oleh akhbar kerajaan Bn mengenai
tangkapan yang dilakukan oleh Sprm terhadap seorang wakil rakyat
Bn Dun Kemasik di Awana Kijal.Secara logiknya memang bagus bagi kita
jika sprm bertindak dengan cepat dan pantas terhadap amalan rasuah
yang dilakukan oleh wakil rakyat tersebut namun disebalik tangkapan tersebut
timbul persoalan bagaimana tangkapan itu dapat dilakukan dengan pantas
dengan segala bukti yang cukup untuk mendakwa wakil rakyat tersebut.
Wakil rakyat yang ditangkap itu sebenarnya telah di perangkap oleh individu
yang merupakan musuh politik beliau dan juga atas arahan pihak tertentu
yang tidak sebulu dengan pihak atasan politik negeri.Namun mengetahui
politik terengganu masih belum lagi reda dengan perbalahan antara team A dan team B dimana usaha untuk menjatuhkan pimpinam Menteri Besar yang
baru masih lagi belum selesai.
Calun yang ditangkap ini merupakan dari team bekas mantan menteri besar yang terdahulu iaitu Idris Jusuh.Ramai dikalangan team ini yang telah dicantas oleh puak team yang baru dan ada usaha untuk menjatuhkan
menteri besar yang sedia ada tapi sangkaan mereka meleset sebab menteri
besar yang baru ini mempunyai kecerdikan yang tersendiri untuk mematahkan
musuh politik mantan menteri besar dulu.
Apa yang dilakukan oleh sprm ini memang bagus tapi adakah pendakwaan ini
akan ada penyudahnya atau hanya retorik semata-mata.Kes yang melibatkan
Pak Rosli Hasan dan Roslan chik yang digemburkan sebelum ini tiada
kesudahannya.Adakah ini bertujuan untuk mengalih pandangan rakyat apa yang sebenarnya berlaku atau pun untuk menyedapkan ahli parti Pakatan
Rakyat?
Kalau diikutkan sebenarnya,ramai lagi pemimpim Bn yang melakukan kesalahan namun tiada akhirnya.Beribu-ribu laporan polis telah dilakukan
oleh Pakatan Rakyat terhadap pemimpim namun itu hanya sekadar melepaskan batuk ditangga sahaja.Pendakwaan yang terpilih terhadap
dasar sprm amat meragukan.Imej negara makin tercalar dengan cara yang
dilakukan oleh sprm.Profil 18 melibatkan menteri juga senyap tanpa
keputusan dan ada yang telah meninggal dunia.
Sebab itu apa yang rakyat bangkit merupakan titik tolak kepada perubahan
yang ingin rakyat mahu demi kesejahteraan negara dan rakyat.Rakyat bosan
dengan karenah kerajaan yang ada hari ini dan kesannya dapat dilihat
dalam setiap kali pilihanraya kecil dan keputusannya berpihak kepada
pakatan rakyat.
Berbalik kepada wakil rakyat yang ditangkap oleh sprm baru-baru ini
dan terbaru beliau masih lagi dalam remam sprm dan telah dibawa ke
mahkamah majistret kemaman.Kesan dari tangkapan ini dijangka Umno
Trengganu terus bergolak dan berlaku perpecahan tambahan pula pengerusi
Umno Trengganu adalah Menteri PDRM yang mengarahkan supaya
menggagalkan perhimpunan ISA baru-baru ini.
Tanda-tanda kejatuhan kerajaan Bn makin terserlah dengan keadaan yang
tidak menentu sekarang ini walaupun retorik kerajaan banyak menjanjikan
bermacam-macam gula-gula untuk rakyat pada hakikatnya mereka semakin
parah dan menunggu masa untuk gugur dalam pilihanraya ke 13 nanti kerana
lebih 52 tahun negara kita merdeka namun tiada perubahan yang dilakukan
mengikut perlembagaan dan kezaliman terus menjadi-jadi terhadap
rakyat yang dahagakan keamanan.

No comments: