Tuesday, August 4, 2009

DEMO ISA.

Jumaat malam bertolak ke Kuala Lumpur untuk join sekali dengan
rakyat malaysia yang bencikan kezaliman yang mana aku harapkan
demo kali ini akan dihadiri lebih ramai lagi yang bencikan kezaliman.
Aku tiba di KL awal pagi tapi sebelum tu singgah dulu di masjid Grennwood untuk solat subuh dan jam 7 pagi terus ke masjid jamek
untuk meneruskan niat yang suci ini.
Sebelum masuk ke KL pun ramai mat mat polis membuat sekatan
jalanraya seolah-olah negara dalam perintah darurat.Aku muak tengok keadaan ini kerana aku tengok jalanraya menjadi jem dan
sesak.Ramai yang mengeluh dan dalam hati malaysia sudah
menjadi negara polis.Polis sudah jadi raja malaysia.
Turun dekat masjid jamek rupanya dah penuh dengan polis.Berunifom,
baju biasa,trafik dan anjing pun ada.Takkan nak g demo nak bawak
dadah kot....
Belum pernah lagi setiap demo begitu ramai polis yang turun tapi
kali ni pelik tapi tidak mustahil musa Hasan kerahkan semua turun
sehingga ada maklumat Bukit Aman dah kosong dan tidak aman
lagi.Berapa banyak belanja yang dikeluarkan untuk nak bayar
kos mereka semua ni.Ni semua duit rakyat.Rakyat bukan nak gi
perang tapi nak kumpul secara aman bagi hantar memo ke istana
Negara.
Berjalan kaki aku menuju Masjid Negara.Rupanya banyak jalan dah
penuh dengan polis-polis.Sekatan demi sekatan dilakukan.jalan
banyak tutup.Setiap lorong ada polis yang menjaga.Ni dah kira
kes berat.PPSMI dan Protes minyak pun tidak macam ni.Ni pasal
ISA jadi Pok Jib kena kerja keras jangan bagi PR gagal hantar
memo ke Istana Negara.
Nak sampai masjid Negara rupanya dah ada satu batalion berbaju
merah dah tunggu dan nak sambut kita tapi buat tak tau.Waktu tu pukul 11.30 pagi.Awal sungguh mereka tunggu kat sana dan agaknya
semalam mereka tak tidor sebab nak balung kami yang datang demo.
Tengok mereka semua rupanya orang melayu tapi agama tak tau la..
muka pun bengis macam beruang.Ingat pun jika mereka mati tidak
payah sholat jenazah bagi kambus je dalam tanah.Si baju merah
ni buat macam kita nak g cari musuh tapi kita nak kumpul secara
amam tapi sebaliknya.
Jam dekat pukul 2 si baju merah telah bersedia dan melakukan
pergerakan.Kita kumpul di masjid Negara beramai-ramai.Hari itu ada arahan dari pihak atasan supaya pintu masjid di kunci.Kita
hanya dapat berkumpul di luar masjid sahaja dan melakukan sholat
pun diluar.Sungguh zalim apa yang berlaku ini.Rumah ibadat pun
kena kunci.
Semut merah menghala ke masjid negara dan melepaskan gas
pemedih mata.Semua menjadi panik dan semut merah beredar
dari situ mungkin nak bantu yang tempat lain plok.Dekat sogo
dan masjid jamek semakin ramai.
Semua berjalan kaki keluar dari masjid negara dan menuju ke
Istana Negara tapi dihalang oleh sekatan jalanraya.Masa kami
untuk bergabung dengan 3 check point terhalang kerana maklumat
yang diterima mengatakan orang ramai di sogo dan masjid jamek
gagal untuk melepasi sekatan polis.
Kami masih lagi menunggu di sekitar masjid negara dan stesen
KTMB bagi menunggu sahabat yang lain namun polis semut merah
terus menghambat kami.
Jalan untuk hantar demo terus di sekat.Berjaya mat polis hari ini
kerana berjaya melakukan perkara yang terbaik untuk pemimpim
politik dan jam menunjukkan pukul 6 masih lagi tidak putus asa
untuk hantar demo namun gagal juga.Badan dah penat lari sana
sini.kaki dah mula melecik tapi semangat tetap membara.
Jam 7 terus kumpul di masjid negara bagi merehatkan badan dan semut merah kumpul juga dimasjid negara dan semua nampak letih.
Kesian tengok muka-muka semut merah.Apa nak jadi dengan mereka
semua.Taubat la secepat mungkin.Ingatlah bahawa nanti semua kita
akan balik kampung juga.Kampung buat selamanya...

No comments: