Monday, August 24, 2009

SPRM Malaysia.

SPRM.....itulah agensi yang terlibat dalam penyiasatan yang
melibatkan rasuah baik pada individu mahupun pada ahli
politik dan juga pemimpin negara namun apa yang berlaku
adalah sebaliknya dan jika dilihat adalah dikalangan
individu yang diperingkat ikan bilis itupun yang melibatkan
ahli politik dan pemimpin hanyalah retorik semata-mata.
Adakah boleh dipercayai dengan agensi yang ada sekarang boleh
memberi jaminan kepada kesejahteraan rakyat.Semua ini gagal
dan hanya sia-sia sahaja.Isu sebelum ini yang melibatkan laporan
yang dibuat oleh pembangkang semasa zamam Ezam lagi dan
pemimpin pembangkang yang lain masih disimpan dalam kelambu
yang bertatahkan emas namun tiada tindakan yang diambil.Kes
18 profil tinggi masih lagi tiada kesudahan,Isu perlantikan hakim juga
tiada kesudahan dan yang bersalah masih lagi bebas dan bergitu juga
dengan kes perwaja dan banyak lagi yang tidak terkira.
Sekarang ini ada pegawai SPRM di Malaysia yang tidak bermaruah dan
bertopengkan duniawi semata-mata telah cuba untuk melemahkan kerajaan
Pakatan Rakyat.Setelah Perak menempah kejayaan,kali ini selangor,kedah dan penang
tapi selangor menjadi tumpuan utama sebab menjadi nadi bagi negara.Isu kematian
Teoh menghangatkan negara kerana sanggup membunuh untuk menutup isu
yang melibatkan pemimpin BN dulu dan juga pegawai SPRM yang terlibat dengan
pemimpin BN.
Kesal dengan cara dan sikap pegawai SPRM dan juga pemimpin BN yang sanggup
membuat sesuatu di luar batasan agama padahal pegawai dan pemimpin ini
semua adalah orang melayu dan agama islam tapi kesal dan malu dengan
cara yang dilakukan ini menyebabkan rakyat bosan dan tindakan undang-undang
patut dikenakan setimpal dengan perbuatan mereka ini.
SPRM mesti berubah jika mahu suruhanjaya ini pulih dari segi imejnya.Ubah dari
segi pegawainya dan lantik dari yang berilmu dan berakhlak serta mempunyai
semangat cintakan negara dan utamakan rakyat.Ada pegawai SPRM yang bersungguh
-sungguh mahu yang terbaik tapi dihalang oleh pegawai yang tidak perikemanusiaan.
Di lihat pada keadaan hari ini,SPRM mesti jelas dan bersih dari tekanan politik.Tidak
perlu takut pada manusia yang berkuasa kerana yang berkuasa adalah Allah yang
sebenarnya.Jadikanlah pegawai yang terbaik dimata rakyat dan ingatlah setiap
yang hidup akan mati dan akan di soal nanti.Lakukanlah yang terbaik demi agama,
negara dan keluarga.Janganlah nanti bila dah pencen akan dihina,sumpah dan
maki sepanjang zaman.
Isu yang melibatkan Pakatan Rakyat hanyalah mainan politik pemimpin BN yang mahu
mengalih pandangan isu yang sebenarnya.Memang ada isu yang paling besar yang
melibatkan pemimpin BN dahulu tapi sesuatu perlu dilakukan untuk menutup
kesalahan yang mereka lakukan dengan menuduh pemimpin pakatan rakyat dan
jika diamati dengan teliti dan oleh fikiran yang waras memang ini kerja budak nakal
seperti BN yang bimbang akan segala rahsia akan terbongkar.
Tak payahlah SPRM nak memandai dendan cara BN ini.Buatlah dengan bebas tanpa
ada prejudis terhadap mana-mana pihak dan jadikanlah yang terbaik untuk negara dan
jika dilihat dari organisasi yang terdapat dalam SPRM ramai lagi pegawai-pegawai
dari peringkat sokongan,pertengahan dan atasan yang inginkan yang terbaik namun
ada segelintir pegawai SPRM yang mempunyai hati yang busuk,pentingkan dunia
wang ringgit serta kaki perempuan dan disko maka inilah bakal terjadi kelak akibat
balasan Allah yang murka dan setiap perbuatan zalim yang dilakukan akan
terserlah akhirnya maka inilah yang berlaku pada pegawai-pegawai yang melakukan
perbuatan zalim terhadap mangsanya maka Allah telah tunjukkan balasan dengan
membongkar segala perbuatan mereka di mata rakyat.

No comments: