Monday, August 24, 2009

ADUN PKR KELUAR PARTI.

Heboh didada akhbar dan media eletronik berkenaan Adun Pkr
keluar parti.Memang dah dijangka ini kerja-kerja puak Bn yang
inginkan Pakatan pecah dan ditambah pula dengan pilihanraya
di Permatang Pasir.Setiap kali ada pilihanraya maka ada juga lah
isu-isu yang berkaitan Adun mahupun ahli2 yang keluar parti
baik Keadilan,Pas mahupun Dap.Ini semua kerja-kerja orang2
yang takutkan Pakatan akan menang.
Betapa egonya ahli2 Bn jika melihat kejayaan mereka akan perpecahan
Pakatan Rakyat dan jika diamati apa yang berlaku sebenarnya ia adalah
retorik dan mainan lapok pemimpim Bn yang sanggup membeli maruah
orang dengan wang ringgit.Ini sungguh memalukan kerana secara
prinsipnya manusia adalah sebaiknya namun disebabkan tiada ilmu
dan imam maka duniawi segalanya jika dibandingkan amanah rakyat
yang mengundi dalam pilihanraya.
Hari ini ramai dari kalangan pemimpin PKR mahupun wakil rakyat
adalah dari kalangan ahli Umno yang kecewa dengan kes 1998 lagi
namun ada segelintir yang boleh diharap dan juga ada ahli yang tidak
boleh dibuat kawan.Golongan reformis yang berjuang dalam tahun 1998
demi menegakkan keadilan dan kezaliman telah disisihkan dari golongan
yang timbul kemudian sehinggakan ada yang telah meninggal dunia,
terlantar dalam kesakitan dan menjadi miskin dan susah tanpa ada
pembelaan.
Akan tetapi golongan ini tidak memerlukan apa-apa bantuan cuma mereka
mengharapkan agar pihak yang duduk diatas hendaklah pandang kebawah
dan lihat kesengsaraan yang mereka alami dan bukan mahukan projek
yang berjuta-juta namun itu hanya tinggal habuk belaka.
Telah kedengaran disetiap telinga akan ketidakcaruan antara pemimpin
dengan peringkat bawahan dan setiap pemilihan parti akan ada perubahan
demi masa depan parti namun ia gagal untuk membaiki segala yang berlaku
hinggakan ada yang sanggup keluar parti walaupun telah mempunyai
jawatan yang tinggi dan sanggup berjuang kerana parti namum apa yang
berlaku adalah sebaliknya.
Kes yang melibatkan Adun keluar parti sudah menjadi lumrah dan tidak
kira negeri mana pun ia tetap akan berlaku andaikata dalam diri mereka
tiada prinsip yang benar-benar jujur dalam apa jua segalapun.Ia bukan
melibatkan Adun sahaja bahkan jawatan ketua bahagian mahupun
perhubungan tidak mustahil akan berlaku.Kes keluar parti pasti akan
terjadi sebab dikalangan mereka bukan dari pemimpin yang tulin jika
dibandingkan dengan reformis.Ramai Adun dari kalangan orang umno
yang pernah hidup dalam kemewahan pasti akan meninggalkan pkr
jika mahu perubahan hidup maka itulah dasar yang dipegang oleh orang-
orang yang kurang ilmunya maka terjadilah apa yang berlaku selepas
pilihanraya 8 mac yang menyaksikan berlaku rampasan kuasa di perak.
Bagi penasihat PKR ini lah masa untuk menilai dan memberi komitmen
yang terbaik pada setiap anak buahnya mahupun bakal-bakal Adun
yang akan dilantik nanti supaya mempunyai nilai-nilai yang baik serta
kepentingan rakyat diutamakan.Berilah peluang kepada mereka-
mereka yang boleh memberi harapan kepada rakyat dan setiap gerak kerja
yang selama ini yang dilakukan hendaklah diambil kira dan janganlah
hanya tangkap muat sahaja dan pemilihan ini perlukan sokongan dari
akar umbi tanpa ada unsur2 rasuah.

No comments: