Wednesday, August 26, 2009

Kerajaan Mat Said Tunggu Belah.

Memang benar apa yang dibagitau oleh akhbar pembangkang mengenai
senario politik yang berlaku di Negeri Trengganu Darul Iman berkenaan
angin yang bertiup kencang kononnya kerajaan pimpinam Mat Said
hanya menunggu belah dan sumber yang boleh diterima memaklumkan
bahawa Mat Said dalam keadaan gelisah kerana ada wakil rakyat yang
tidak memberi kerjasama terhadap beliau dalam mengatur program
untuk rakyat.
Isu penahanan Wakil Rakyat Kemasik oleh Sprm baru-baru ini telah
menguatkan lagi penentangan terhadap pimpinam Mat Said dan telah
terbukti yang penahanan wakil rakyat tersebut merupakan proksi bekas
Menteri Besar dulu iaitu Idris Jusoh.Kes ini menguatkan lagi api kemarahan
bos nya dulu disebabkan demdam terhadap anak buahnya semakin berani
dilakukan oleh Mat Said.
Kalau nak diikutkan apa yang berlaku dalam kejadian ini merupakan satu
bala akibat perbuatan mereka dulu dan jika dilihat dari sudut peribadi
mereka ini maka tidaklah bergitu baik dari segi perwatakan mereka baik
bekas Menteri Besar mahupun Mat Said.Sejarah masa pemerintahan
Pas dulu telah memberi gambaran sebenar perwatakan mereka ini dan
ditambah pula dengan kedudukan mereka apabila perebutan kuasa antara
mereka semakin berapi-api.
Memang jika ditanya pada rakyat trengganu siapa yang tidak kenal dengan
Mat Said.Pernah jadi exco semasa Derih Jusoh tapi awal-awal lagi dah kena
kerat sebab takut Mat Said lebih laju dari Derih nanti.Banyak kesalahan yang
dilakukan oleh Mat Said ketika memegang tampuk exco dulu seperti menyepak
bakul sayur penjual sayur akibat tidak mengikut peraturan di pasar Kemaman
dan juga isu perobohan masjid Bujal di Kijal.Rakyat bangkit akibat perbuatan
Mat Said dan siang malam rakyat berdoa dan sembahyang hajat terhadap
perbuatan Mat Said maka inilah balasan yang menimpa beliau ketika memegang
tampuk Menteri Besar,
Ada ramai wakil rakyat memboikot pimpinam Mat Said termasuk juga anak
mantan menteri besar sebelum deris iaitu ayahwan(wan mokthar)Beliau sekutu
derih jusoh namun apa yang berlaku dikawasan beliau sungguh merisaukan
beliau sebab tidak dapat menjalankan tugas pada rakyat dikawasannya akibat
segala peruntukan tidak dapat disalur dengan baik kerana tidak percaya akan
peruntukan ini akan diberi pada kontrak2sekutu deris jusoh.Sungguh takut sekali
Mat said terhadap wakil rakyat tersebut tapi dengan syarat jika di beri pada kroni
Mat said akan segala peruntukan diberi.
Hari ini wakil rakyat yang bukan satu aliran dengan Mat Said akan disisihkan
dari segala peruntukan dan program yang melibatkan rakyat.Mat Said sedar
beliau dalam dilema sebab tidak mendapat kerjasama sepenuhnya dari wakil
rakyat dan juga beberapa exco.Sikap Mat Said yang terlalu laju dalam pentadbiran
beliau yang tak dapat dikejar oleh wakil rakyat menyebabkan banyak isu-isu
baru timbul di Trengganu.
Sekarang ini dilihat mana-mana wakil rakyat yang tidak sehaluan dengan
Mat Said akan dicantas dengan apa cara sekalipun seperti apa yang berlaku pada
Wakil rakyat Kemasik baru2 ini.Jika di lihat di Kemaman pada hari ini akan
pasti menjadi daerah yang paling maju jika dibandingkan daerah lain sebab
kemaman memang menjadi lubuk duit bagi ahli politik tambahan pula Menteri
Besar sekarang ini merupakan Wakil rakyat di salah satu Dun di Parlimen
Kemaman.Sekarang ini banyak sangat projek yang akan dilakukan di daerah
kemaman termasuk longkang baru disetiap JKKK kemaman dan juga jalan-jalan
tar serta ubahsuai balairaya dan juga perubahan landskap yang melibatkan setiap
jalan-jalan dan juga pemasangan lampu2 warna warni kononnya bagi memyambut
kemerdekaan yang bakal tiba nanti.
Sejak dari pemerintahan Mat Said banyak sangat projek yang naik termasuk
mendirikan bangunan oleh taukeh cina di bandar kemaman yang telah terbengkalai
semasa deris jusoh lagi dan juga dalam proses mendirikan kilang besi di teluk Kalong
yang sejak dulu lagi di war-war kan sejak zaman derih lagi namun gagal dan
kali ini dilakukan oleh Mat Said pula.Kos untuk kilang besi di Teluk kalong dijangka
menelan kos 3 billion.Projek Ternak kambing juga sedang dalam proses untuk
dilaksanakan di Kerteh Kemaman dengan nilai pelaburan 250 ribu oleh salah satu
syarikat berdaftar.
Yang pasti kita akan menunggu apa yang akan berlaku dalam jangka masa
terdekat ini sebab puak deris jusoh akan memastikan Mat Said tidak akan kekal
lama menjadi Menteri Besar Trengganu dan yang pasti puak deris jusoh mahu
bersekutu dengan pembangkang bagi undi tidak percaya namun mungkin ini
hanya sia-sia sebab pembangkang tidak semudah itu.Mungkin dalam pilihanraya
nanti akan banyak lagi berlaku pergolakan dalam Umno Trengganu dalam soal
pilihan calun dan ditambah pula dengan Ketua Perhubungan Umno Trengganu
Hishamuddin yang gagal untuk menyatukan semua ahli umno di Trengganu bahkan
telah menjadi parah akibat perbuatan mereka selama ini yang banyak melakukan
kezaliman terhadap rakyat marhein dan yang pasti ini akan memakan diri ahli
dan penyokong umno agar celik,berfikir dalam melakukan sesuatu demi untuk
kesejahteraan rakyat.

No comments: