Friday, August 28, 2009

KEMARUK BN BERPECAH.

Media eletronik dan akhbar tempatan di seluruh negara ketika ini
hangat membincangkan tentang perpecahan yang berlaku dalam
Pakatan namun apa yang berlaku adalah sebaliknya apabila perpecahan
demi perpecahan berlaku dalam kelompok Barisan Nasional takkala
MCA parti komponen Barisan Nasional telah mengambil keputusan untuk
memecat Timbalan Presidennya iaitu Dr Chua Soi Lek atas tuduhan moral
kerana klid video yang didedahkan oleh musuhnya pada tahun lepas dan
tindakan telah diambil oleh lembaga displin MCA untuk memecat beliau.Tindakan
ini merupakan satu pukulan yang hebat yang tidak dapat diterima oleh Dr Chua
namun beliau akur dengan tindakan tersebut.
Masalah dalaman MCA nampaknya semakin parah dan ini kemungkinan ada dalang
yang ingin menjatuhkan beliau sejak pemilihan MCA lagi namun pada hakikatnya
Presiden yang juga Menteri Pengangkutan Ong Tee Kiat memang tidak sebulu dengan
Chua.Inilah yang dikatakan politiking yang berlaku baik dalam MCA dan juga parti
komponen BN yang lain.Masalah PKZ yang menjadi isu besar telah dihebohkan
dan selaku Menteri Pengankutan,Ong menjadi serba salah dan soal pemberian
sumbangan sebanyak 10 juta pada parti MCA juga telah menjatuhkan kredibiliti
beliau selaku Presiden MCA.
Kemungkinan juga akan berlaku perubahan besar dalam pilihanraya yang ke 13
nanti dimana sokongan terhadap parti MCA akan menjejaskan keputusan dalam
pilihanraya dan Dr chua akan dikatakan akan menjejak kaki dalam PKR dalam masa
terdekat ini namun sumber ini belum disahkan lagi.Hijrahnya Chua Jua Meng dalam
PKR telah memberi kesan besar terhadap MCA kerana selama ini sokongan terhadap Jui Meng memang tidak boleh disangkal lagi dengan ramainya penyokong beliau yang
beramai2 meninggalkan MCA dan berpihak kepada PKR.Soalnya sekarang adalah
mengapa pemimpin politik hari dengan mudah untuk menjatuhkan musuh beliau dengan
membuat satu fitnah yang memalukan seperti apa yang berlaku pada DSAI yang sanggup
hapuskan kezaliman dan menggadaikan diri beliau untuk kepentingan rakyat dan sanggup
dipenjarakan.
Kejadian ini berlaku pula pada Dr Chua dan tindakan displin yang dikenakan terhadap
beliau merupakan rentetan kemenangan beliau dalam pemilihan dalam MCA baru2 ini
yang mana kemenangan beliau tidak direstui oleh presiden dan juga pihak2 tertentu
namun apa yang berlaku pada Dr Chua sudah diagak dari awal lagi namun beliau
mempunyai nilai prinsip dan sanggup menerima keputusan yang berat ini.Beliau dikatakan
akan bercuti bersama keluarga dan teman rapatnya ke luar negara.Soal PKZ akan
bertambah rumit jika yang terlibat itu merupakan pemimpin dari MCA sendiri namum
itulah hakikatnya dan beranikah Perdana Menteri untuk membuat keputusan ini agar
siasatan ini membuktikan ada pemimpin MCA yang terlibat dalam skandal PKZ.Nampaknya
kecelaruan dalam komponen Bn semakin parah dengan bermacam2 isu nasional seperti
rasuah,pembunuhan Teo serta tindakan Perdana Menteri sendiri yang tiada kekuatan
untuk menyelesaikan isu2 besar yang melibatkan perlembagaan serta sistem yang ada
tidak dapat berfungsi dengan baik walaupun lebih 100 hari menjadi Perdana Menteri.
Pemilihan MIC juga akan berlangsung tidak lama lagi dan yang pasti pergolakan
akan tetap berlaku memandangkan Presiden yang ada sekarang merupakan presiden
yang tidak dapat diterima oleh kaumnya sendiri dan juga kalah dalam pilihanraya 8 mac
dan juga mendapat tentangan dari Timbalan Beliau serta skandal saham Maika yang hangat
berlaku di pejabat MIC yang mendapat tentangan dari ahlinya.Soalnya sekarang nampak
macam ada angin perubahan dalam komponen Bn sebelum pilihanraya nanti dan ini
merupakan satu cabaran yang besar untuk mereka melakukan perubahan demi
kesejahteran rakyat tapi apakah ini merupakan jalan terbaik untuk mendapat sokongan
dari pengundi2...inilah persoalan yang harus difikirkan.
Setiap kali adanya pilhanraya kecil sejak pilihanraya ke 12 dulu,banyak kita lihat pihak
pembangkang memenangi setiap pilihanraya dan ini memberi isyarat jelas pada kerajaan
bahawa rakyat mahukan perubahan dan apa yang dilakukan oleh kerajaan selama ini
merupakan retorik semata2 dan soal PPSMI dan Mansuhkan ISA juga membuktikan
kerajaan gagal dalam menjalankan tugas dan ditambah pula dengan skandal yang
melibatkan ramai pemimpin Umno baik di Sarawak,Sabah dan juga semenanjung yang
seolah2 kerajaan tidak menitik beratkan soal moral dan skandal jika dibandingkan
dengan pembangkang yang ada usaha untuk membersihkan mana2 wakil rakyat yang
tidak konsisten dalam menjalankan tugas akan dipecat dan soal kepentingan rakyat
mesti diutamakan.
Rakyat Malaysia akan melihat akan segala gerak geri kerajaan dan pembangkang yang
ada dan segalanya akan dinilai dan kerajaan kena peka akan masalah rakyat dan
kominted dalam segala urusan dan kekuatan harus diberikan pada sistem yang ada
dinegara kita yang melibatkan kehakiman,Pdrm dan juga kebebasan akhbar dan Sprm
yang patut diutamakan demi kesejahteraan rakyat dan keseimbangan perlu untuk membezakan antara pembangkang dan kerajaan agar sama2 memperbetulkan sistem
yang telah lama longgar agar berada dalam landasan yang betul.

No comments: