BN Trengganu dan Mat Said.
Lumpuh,punah,hancur,itulah kedengaran kata-kata dan keluhan ramai dikalangan penyokong dan ahli umno trengganu keseluruhannya terhadap kepimpinan Mat Said dan segala keputusan terletak di bahu beliau untuk memperbaiki kembali masalah yang berlaku terhadap BN Trengganu akibat dari perlantikan beliau sebagai MB Trengganu serta perlantikan Hishamuddin sebagai perhubungan negeri tidak menampakkan hasil dan kemelut ini bertambah parah sehingga memohon campurtangan dari big bos Sang Najib tapi nampaknya tiada kesudahan sehinggakan lawatan Mahyuddin ke trengganu baru-baru ini untuk menyelesaikan masalah dalaman ini gagal sehingga perjumpaan dengan beliau diboikot oleh Adun yang tidak sehaluan dengan Mat Said.
Nampaknya Mat Said semakin berani apabila tekanan ini menimpa pada diri beliau.Siapa yang tidak kenal dengan Mat Said.Beliau tidak mengenal erti kalah dan apa yang dilakukan mesti mendapat kejayaan.Ini dapat dilihat bagaimana banyak projek yang dijalankan di kawasan beliau yang melibatkan proksinya serta kawasan industri di Teluk Kalong dan juga pembesaran pelabuhan kemaman dalam proses dan juga yang melibatkan pihak berkuasa tempatan yang merangkumi kerja sebutharga dan Indent yang dimonopoli oleh pengaruh beliau termasuk juga dengan kerja-kerja penambunan tanah.
Hari ini perlantikan JKKK masih lagi dalam keadaan tidak keruan dan ia melibatkan ramai dari musuh politiknya yang dipecat dari memegang jawatan pengerusi JKKK dan perlantikan baru dikalangan puak-puak beliau yang menjadi mata dan telinga serta perlantikan individu yang tidak mempunyai pendidikan yang baik serta kelemahan komunikasi dengan penduduk tempatan serta yang mempunyai rekod jenayah.
Hari ini dikalangan pengerusi JKKK yang dilantik adalah dimonopoli oleh puak-puak korporat yang berkepentingan diri dengan diberi peluang kekayaan bagi mendapat projek dari JPP yang mana sekarang ini peruntukan 10 juta telah diberi pada kerajaan Trengganu untuk meneruskan agenda pembangunan yang melibatkan kontraktor dari kalangan proksi-proksi.Undian akan dilakukan oleh JPP bagi mengagihkan kerja yang akan dijalankan mengikut kawasan.Hari ini selepas 6 bulan perlantikan pengerusi JKKK yang baru walaupun watikah perlantikan baru 2 bulan diberi telah ada JKKK yang tidak menjalankan amanah ini seperti pembahagian buah kurma di setiap kawasan dan protes ini merupakan tindakbalas terhadap kerajaan negeri.Bayangkan selama 6 bulan pengerusi JKKK tidak dibayar gaji dan segala program menjadi lembab jika dibandingkan dengan pengerusi yang bertaraf kontraktor.Kebanyakan pengerusi dikalangan warga emas dan bekas pencen kakitangan awam maka sukar untuk mereka menjalankan tugas jika ini tidak diambil kira.
Tidak mustahil bagi mereka untuk membelakangi kerajaan yang ada jika hal sedemikian tidak diambil peduli oleh pihak berwajib dan tidak mustahil juga dalam pilihanraya yang akan datang sokongan pada BN akan merosot dan yang pasti sokongan pada pihak pembangkang akan bertambah.
Sunday, September 6, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment