Sunday, September 6, 2009

ISU KUIL SHAH ALAM.

Hairan sungguh manusia yang mempunyai pemikiran sempit ni.....tambah2 dalam soal kuil hindu yang hangat dimainkan oleh Bn Selangor pimpinan Toyo agaknya.Dulu pasal babi lepas tu isu azan masjid kemudian arak dan terbaru kematian Teoh yang melibatkan Sprm.Ini semua kerja bodoh Bn yang gila kuasa sanggup buat apa saja.....BN sudah berkuasa sudah hampir 52 tahun dan cengkaman terhadap agensi kerajaan sudah menjadi kuat termasuk juga polis.sprm,hakim dan akhbar dan ingat bahawa semua pimpinan Bn yang ada sekarang merupakan dikalangan manusia yang mempunyai masalah termasuk jenayah bunuh orang,rasuah,salah guna kuasa,moral dan juga melibatkan kongsi gelap dan gengstar2.Perlukah malaysia mempunyai manusia yang bergelar manusia yang mempunyai batang tubuh yang mengaibkan.
Kalau dilihat pada kepandaian mereka semua adalah dikalangan cerdik pandai dari kelulusan yang tinggi dari menara gading bukan hanya di malaysia tapi negeri mat saleh mahupun jepong tapi bila dan masuk umno semua jadi hancur lebur.Rasuah pun dia sapu.Betina pun dia gomol sedangkan dimasa dilahirkan didunia fana ini dengan diazan ditelinga semoga menjadi insan yang berguna baik didunia dan akhirat namun didunia sudah hancur berkecai.Tiada gunanya berpendidikan tinggi sehingga menongkat langit tapi akhirnya menjadi manusia yang dihina sepanjang zaman.Malu mempunyai pemimpin yang seperti gorilla yang hanya perjuangkan emas semata-mata dengan kehidupan yang penuh kemewahan dengan banglo yang besar,bini yang besar dan cantik,harta yang bertimbum dan mobil yang berbiji-biji tapi hatinya kecil macam tikus mondok yang takut pada kenyataan hidup.
Nak kata apa lagi dan Bn tidak akan membiarkan parti pembangkang akan mengambil alih kerajaan yang sedia ada dengan alasan kemana akan terjadi dan dibawa pemimpin yang melakukan kesalahan dan jika ini berlaku maka Pakatan akan mempunyai sokongan yang melimpah ruah.
Berbalik pada isu kuil yang berlaku pada kerajaan selangor dan ini sungguh melucukan disebabkan ditempat kami ada juga kuil yang bertahun-tahun didirikan dikawasan melayu tapi tiada masalah pun.Bayangkan kuil hindu hanya 100 meter dari kediaman kami tapi tidak pernah pun berlaku kejadian yang tidak diingini padahal sebelum ini kami sudah membuka markas pkr di depan kuil hindu dalam pilihanraya ke 12 dulu namun tiada apa yang berlaku.
Bodoh sungguh bagi yang terlampau pandai dan inilah apa yang berlaku di selangor tanpa ada kerjasama sedangkan apa yang Pakatan lakukan adalah berdasarkan fakta dan bukan suka2 untuk melakukannya.Kononnya ada usaha untuk merampas selangor dari Pakatan tapi itu hanya kerja yang sia-sia.
Banyak sangat agenda yang dimainkan oleh Bn selangor untuk melemahkan pakatan tapi atas dasar semangat Pakatan itu sendiri dan kerajaan yang berpegang pada prinsip Keadilan untuk semua maka yang pasti Bn Selangor akan gagal untuk menjadikan seperti rampasan kuasa di perak.Dek oleh kerana kuasa dan wang ringgit maka sanggup manusia melakukan sesuatu yang memalukan seperti yang berlaku pada perjumpaan dengan Menteri besar Selangor yang mana semua yang memprotes MB agaknya telah dibayar bagi memberi gambaran yang tidak baik pada Pakatan.Kedangkalan ini sungguh menyedihkan kerana perjumpaan yang bertujuan untuk mencari jalan penyelesaian terhadap pembinaan kuil tergendala.
Hari ini BN akan menggunakkan apa cara sekalipun untuk mengembalikan kepercayaan rakyat pada Umno Bn walaupun hari ini kita lihat sokongan pada Bn semakin terhakis.Umno Bn perlu ditumbangkan dalam pilihanraya akan datang untuk memberi pengajaran atas apa yang dilakukan terhadap pengundi dikala zaman pemerintahannya dan segala pemimpin gorilla yang mempunyai masalah hendaklah diadili atas perbuatan mereka setiap parti memerlukan manusia yang berjiwa perjuangan,bertuankan rakyat dan bukanya ketuanan melayu yang diretorik oleh pemimpin Umno Bn hari ini.
Umno Bn tidak sesekali akan menyerahkan kuasa yang pada hari ini bertukar pada Pakatan dan Bn sanggup buat apa saja dan cara sekalipun demi untuk mencapai survival politik pemimpin yang korup dan hari ini cengkaman terhadap semua agensi penguatkuasa semakin kuat dengan lanjutan KPN Musa Hasan untuk tempoh setahun lagi.Jenayah semakin menjadi2 dan tiada kesudahan jika dibangdingkan dengan zaman sebelumnya.Bunuh dan rompak semakin tiada penyelesaian.KPN akan pastikan perbicaraan DSAI akan diadili dengan kezaliman dan akan disumbat kepenjara dan AG akan memainkan peranan dalam hal ini tidak mustahil kontrak AG juga akan disambung.Najib akan menggunakkan apa cara jua untuk memenjarakan DSAI dan sebab itu semua agensi yang ada sekarang ini terlalu sukar untuk dipercayai lebih2 lagi dengan kematian Teoh yang melibatkan sprm.Walau sejauh mana perbicaraan yang dijalankan sekarang merupakan retorik semata-mata bergitu juga dengan penahanan perasuah dari kalangan parti UMno Bn.Dalam hal ini rakyat kena bijak dalam membuat satu2 tindakan dan bukan hanya membuta tuli je.

No comments: