Umno Bn semakin gelabah......itulah realiti dan hakikat yang bakal dihadapi oleh juak-juak Umno Bn dalam menghadapi PRK Bagan Pinang nanti yang menyaksikan pertembungan 2 penjuru antara Pas dan Umno.Sebelum ini pihak SPR tidak mengiktiraf kekosongan kerusi di Kota siPuteh dengan alasan yang tidak munasabah dan ini bertentangan dengan undang-undang Tubuh Negeri Kedah.Inilah cara dan kaedah yang yang digunakan oleh pemimpin Umno Bn untuk menunjukkan proses demokrasi yang tidak baik pada mata rakyat malaysia khususnya.Jika ada tangan-tangan ghaib yang memainkan peranan untuk menghalang perjalanan demokrasi yang sebenarnya maka kerajaan telah melakukan kesilapan besar yang boleh mengundang persepsi negatif serta sokongan terhadap Umno Bn akan lumpuh.
Maka inilah apa yang terjadi pada PRK Bagan Pinang.Pihak SPR tidak dapat tidak terpaksa mengistiharkan bahawa PRK ini patut diadakan dan tiada alasan untuk berdolak dalih seperti apa yang berlaku terhadap Kota siPuteh walaupun ia berbeza namun ia tertakluk pada undang-undang yang telah sedia ada.Dalam PRK Bagan Pinang ini Umno Bn akan melihat sejauh mana sokongan rakyat pada parti pemerintah ini dengan isu yang berterusan dan banyak berpihak pada pembangkang akan memainkan peranan untuk mengubah metaliti pengundi di Bagan Pinang terhadap parti yang bertanding.Walaupun slogan 1 malaysia yang dilaungkan oleh Najib belum lagi nampak akan ada perubahan yang akan dilakukan namun rakyat menanti dan melihat sejauh mana dasar Najib hari ini akan mengubah segala yang terbuku dihati naluri rakyat malaysia yang sebelum ini banyak tercalar oleh sikap ketidakadilan,kezaliman pada semua bangsa malaysia yang tercinta ini.
Umno Bn terpaksa menerima hakikat di Bagan Pinang nanti selagi kerajaan yang ada hari ini tidak mengubah dasar apa kehendak rakyat khususnya.Rakyat diDahulukan sepatutnya telah lama diamalkan namun selepas 52 negara merdeka,yang berlaku adalah sebaliknya dengan ekonomi,pengganguran,jenayah,masalah pendidikan berterusan seolah-olah kerajaan memejamkan mata.Ini merupakan kesan besar terhadap sokongan pada kerajaan yang ada hari ini dan tidak mustahil segala keputusan yang bakal berlaku di Bagan Pinang akan berpihak pada pembangkang dan tidak mustahil juga sokongan terhadap pembangkang akan merosot,bergitu juga dengan Umno Bn.Dengan apa yang berlaku pada mood rakyat yang seakan memekakkan telinga terhadap segala tohmahan dan perilaku maka kita akan melihat keputusan ini akan berlaku di Bagan Pinang nanti.
Walaupun sudah beberapa kali PRK diadakan selepas PRU 12 dan segala keputusan berpihak pada Pakatan Rakyat dan ini telah menunjukkan bahawa rakyat sekarang dahagakan keadilan dan mahu perubahan yang mendadak akibat kemelesetan ekonomi yang tidak kecelaruan yang menimpa seluruh dunia dan ini memberi impak yang besar terhadap keseluruhan pengundi2 malaysia untuk melakukan yang terbaik pada negara yang tercinta ini.Dengan keadaan barang makan yang naik mendadak dan kekurangan yang berterusan maka ia dapat disimpulkan bahawa ekonomi hari di monopoli kuasa-kuasa dan taukeh yang berpegaruh dengan pemimpin umno.
Berbalik pada PRk Bagan Pinang nanti,pasti akan berlaku satu tsunami yang bakal dihadapi UMno Bn dalam untuk melakukan perubahan besar demi rakyat dan yang pasti akan berlaku pergolakan dalam pemilihan calun nanti yang melibatkan Umno dan kita kena ingat bahawa umno yang ada di Negeri Sembilan hari ini telah berpecah dan menunggu masa untuk hancur dengan suasana politik umno yang muram dan ditambah pula dengan isu-isu besar yang tidak pernah selesai yang melibatkan pemimpin umno yang korup.
Yang pasti Prk Bagan Pinang nanti akan melihat bagaimana dan sejauh mana metaliti pengundi untuk melakukan perubahan walaupun berjuta-juta wang dibelanjakan untuk mengumpan pengundi bagi mendapat sokongan umno dan bagi Pakatan sendiri ia kena berhati-hati dalam situasi dengan memerlukan pemimpin yang bersih dan amanah seperti kehendak rakyat.Bagi Umno Bn sendiri,prk ini akan melihat sejauh mana sokongan terhadap mereka samaada ia berkurangan atau bertambah.Bagi Pas yang akan bertanding di Dun ini mesti berhati-hati dan jangan mengambil mudah akan segala keputusan yang diterima ini dan gerak kerja mesti kuat memandangkan juak-juak umno akan berjuang habis-habisan untuk mengekalkan kerusi mereka.Khairy Jamaluddin yang pasti akan turun padang dengan cara gengstarnya akan melakukan apa saja untuk mengekalkan kemenangan ini.
PRK ini membuatkan Najib resah gelisah tidak tentu arah memandangkan PRK sebelum ini berjaya dimainkan oleh Spr untuk tidak istiharkan prk yang telah melanggari undang2 negeri kedah maka penentuan ini bertarung di Bagan pinang dengan isu kenaikan minyak awal september baru ni dengan isu barang makanan seperti gula yang tidak pernah selesai,sprm,kontrak KPN sambung setahun lagi,kematian Teoh,hakim yang korup serta perlantikan malaun-malaun dalam kabinet najib yang melibatkan perlantikan Idris Jala sebagai senator di JPM.Ini semua akan memberi kesan hebat pada umno nanti dan mahu tidak mahu Najib akan dipertanggungjawabkan atas segala apa yang berlaku dan tidak mustahil jika jawatan ini tidak kekal lama dengan kelemahan Najib sendiri.
Prk Bagan Pinang ini akan melihat sejauh mana perubahan yang akan dilakukan umno untuk mengubah persepsi yang negatif sebelum ini demi untuk mendapat sokongan dan Umno perlu berubah,berubah dengan pemimpin yang ada dan juga dengan memberi kekuatan pada sistem demokrasi mengikut perlembagaan negara dan juga Pakatan Rakyat akan memainkan peranan untuk memperbaiki sistem yang ada dengan menseimbangkan kedua-dua parti supaya berhati-hati dalam mendapat kuasa kelak agar politik yang berlaku di malaysia nanti bukan dari politik sempit yang hanya untuk kepentingan diri.
No comments:
Post a Comment