Tuesday, September 29, 2009

PEMuda Umno DaN KEs DADah.

Semalam gempar satu kemaman berkenaan penangkapan 2 orang pemimpim pemuda dari bahagian kemaman atas kesalahan mengedar dadah terlarang.Memang sudah dijangka perkara ini akan berlaku sebab sebelum ini telah ada suara-suara yang mengatakan bahawa perkara ini telah lama mereka lakukan tapi tiada tindakan dilakukan disebabkan mempunyai pengaruh dengan orang politik terutama sekali pelapis bagi Menteri Besar Ahmad Said bagi kawasan kijal.

Ucapan tahniah pada Ketua Narkotik IPD Kemaman,Tuan Hamzah kerana berjaya melumpuhkan sindikit pengedaran dadah yang sekelian lama bertapak di kemaman mahupun kijal yang mengakibatkan ramai penagih muda yang tumbuh seperti cendawan musim hujan.Tuan Hamzah tidak pernah mengenal bulu dan beliau bertegas dalam soal pengedaran dadah ini tidak mengira fahaman politik dan sekuat mana pun kabel yang dipakai untuk melepaskan pengedar.

Sebut saja Tuan Hamzah,semua anggota gerun terhadap beliau kerana sebelum ini beliau telah melakukan pemeriksaan terhadap semua anggota tidak mengira dari unit mana sekalipun dan baru-baru ini beliau telah memeriksa di balai polis pasir gajah dan kijal dan mendapati ada anggota terlibat dalam menagih dadah dan diambil tindakan.Begitu juga onggota bawahan narkotik yang terlibat juga diambil tindakan termasuk juga anggota yang memberi maklumat pada pengedar telah diambil tindakan dan di beri amaran.

Timbalan Ketua Pemuda Kemaman yang ditangkap ini merupakan anak didik Menteri Besar Trengganu yang bakal dilantik menjadi Ketua Pemuda Umno nanti dan penangkapan ini merupakan tamparan hebat pada kepimpinan Pemuda Umno Kemaman yang selama ini memfokuskan pada pelapis yang bersih dan bermoral.Maklumat juga telah menunjukkan budaya hidup yang tidak munasabah pada Tim Ketua Pemuda ini dan sepatutnya penangkapan beliau dibuat sebelum raya baru ini tapi atas sebab teknikal,polis telah menyerbu rumah beliau dikijal selepas raya atas maklumat orang ramai.

Sebelum ini telah berlaku adengan tembak menembak dengan penjenayah di kijal yang melibatkan kematian dan seorang lagi cedera akibat ditembak oleh polis.Mangsa yang terlibat adalah dari Kg Bukit Kuang dan Binjai yang baru sahaja keluar dari penjara atas kes rompakan.Penjenayah yang terlibat ini berumur 20 an dan rompakan beliau adalah set komputer,laptop dan telefon bimbit dan dijual dengan harga yang murah.

No comments: