Thursday, October 8, 2009

sAmsenG BagaN PInanG.

Terkejut macam tak percaya apa yang berlaku terhadap petugas pas yang semalam telah digempur oleh puak-puak samseng umno.Pelik dan hairan kenapa malaysia yang sudah 53 tahun merdeka tapi rakyat masih lagi semacam berada dialam rimba dengan melakukan perbuatan yang terkutuk sesama bangsa dan seagama.Tak lain dan tak bukan lagi kerana wang semata-mata .
Aku mengutuk sekerasnya apa yang berlaku di Bagan Pinang.Hakikatnya moral jati diri orang melayu telah hancur tanpa ada batasan yang menghalangnya.Pelik sungguh sanggup berkejar parang dan ala samseng ini memang diupah untuk survival politik umno karat.Sepatutnya hari pengundian ini merupakan satu hari macam hari raya yang kita merasakan semua rakyat berpolitik secara normal tanpa ada unsur lain namun lain yang jadi.
Alasan kekuatan umno karat yang semakin ampuh dan tidak bermaya lagi untuk menghalang cengkaman pakatan yang semakin bersemangat dalam PRK Bagan Pinang menyebabkan puak-puak umno karat semakin tertekan.Ada perbezaan berpolitik dengan negara luar dan negara kita malaysia namun cara pemimpin politik umno karat berpolitik memang menyedihkan dan sanggup melakukan apa saja seolah-olah nyawa manusia tidak membawa erti pada mereka.
Sepatutnya cara berpolitik negara kita sudah dapat menandingi negara lain namun ia masih lagi gagal kerana tiadanya kelas pemimpin yang berwawasan dan berakhlak mulia hari ini yang benar-benar dapat mengawasi tindak tanduk mereka.

No comments: