Sunday, October 11, 2009

Bagan Pinang milik UBN.

(terkini) Prk Bagan Pinang bertukar tangan kepada isa samad yang sebelum ini di kenakan tindakan disiplin oleh parti kerana kesalahan rasuah dan beliau digantung selama 3 tahun dan prk Bagan Pinang telah membersihkan diri beliau apabila mencapai kemenangan dengan mengalahkan calun pas.Dari riak muka mat isa beliau nampaknya gembira atas kemenangan ini yang mana sebelum ini bekas mantan perdana menteri Tun mahathir telah memberi komen terhadap isa bahawa beliau akan kalah kerana masalah rasuah tetapi sangkaan beliau memakan diri apabila isa menang dengan mudah dan ini merupakan pukulan yang hebat terhadap Tun.

Walaupun kemenangan ini berpihak pada ubn namun kemenangan ini adalah rentetan kekalahan teruk dalam 7 prk yang dimenangi oleh pakatan namun hakikatnya selepas ini akan berlaku pergolakan besar dalam kepimpinan negeri sembilan antara Mat Hasan dan kemungkinan isa akan dilantik menjadi menteri besar jika itu kehendak PM Najib.Najib banyak terhutang budi pada isa kerana kes beliau dulu dan banyak andaian bahawa isa akan menguatkan akar umbinya untuk memenangi pemilihan umno akan datang.

Semua rakyat Negeri Sembilan tahu bahawa semasa era Isa menjadi Menteri Besar selama 22 tahun beliau banyak menjual tanah melayu kepada bangsa cina dan hari ini selepas kemenangan beliau tidak mustahil perkara ini akan berulang kembali namun yang pasti Mat Hasan tidak akan berdiam diri sebab perlantikan beliau adalah atas bekas Pm Badawi dan ini menandakan usaha-usaha untuk mencantas beliau akan berlaku dan ditambah pula dengan menantu Pak Lah iaitu Khairy.Najib akan menggunakan segala kekuatan untuk mencantas team pak lah dalam kerajaan termasuk juga Mat Hasan maka Isa akan digunakan dan akan dilantik menjadi bakal Menteri Besar nanti.Suasana politik N.Sembilan akan menjadi kelam kabut jika Mat Hasan digugurkan dari jawatan.

Bagi Pakatan sendiri kekalahan ini akan memberi sinar baru pada pakatan agar persefahaman antara PKR,DAP dan PAS serasi jika sebelum ini bermacam-macam hal yang timbul antara mereka agar dijadikan iktibar makna dalam persepakatan.Isu yang melibatkan selangor,kedah dan pulau pinang akan dijadikan semangat untuk Pakatan menuju PRU 13 nanti dan bagi UBN pula kemenangan Isa bukan bermakna UBN akan merasa megah sebaliknya ia landasan untuk UBN muhasabah diri seperti slogan 1 Malaysia.

Walaupun Dun Bagan Pinang kubu kuat UBN namun Pas kena menerima hakikat bahawa kerusi itu jika ditanding oleh PKR kemungkinan menang itu ada harapan dan tidak semestinya kerusi Pas adalah hakiki.Pas tidak boleh mendabik dada walaupun kerusi yang ditandingi adalah miliknya tetapi kemenangan ubn membuktikan pengundi Bagan Pinang tidak dapat menerima calun pas jika dibandingkan calun dari PKR mahupun DAP.

Persoalan sekarang sejauh mana persepakatan yang ada sekarang dapat menjamin suasana politik yang akan menempuh Pru 13 nanti jika masalah yang sebelum yang melibatkan pas dan dap masih lagi dalam keadaan tidak sefahaman.Isu-isu dan masalah dalaman Pakatan yang dipolitikan dalam dada akhbar telah menyebabkan sedikit sebanyak sokongan pengundi berkurangan dan ini masalah besar yang harus difikirkan oleh Pakatan itu sendiri.Perbincangan harus dilakukan setiap masa dan bukan digemburkan dalam media yang dikonkong ubn.Inilah yang terjadi apabila masalah kecil tidak diatasi dengan cermat dan teratur.

No comments: