Sunday, October 11, 2009

Empangan baru .

STADIUM BARU..EMPANGAN PUN BARU..


(terkini)..Betul atau tidak..inilah yang akan dilakukan di ganu kita mengenai pembinaan satu lagi empangan iaitu di hulu ganu kita.Sebelum ni ada doh kat kenyir namun agok-agok macam dok cukup nok tampung tenaga maka satu lagi empangan bakal dibuat di ganu kita.Rasa macam dok caye apa yang di bagitau oleh pihak TNB serta kos yang akan memakan belanje besor sedangkan ekonomi le ni dok berapa baik tapi mat said kohor suke kalu buat satu lagi empangan sebab balok banyok mane boleh tebang.Rase dok susoh nok boleh balok le ni,buat satu projek dapat balok,sekurang ada alasan gok,untung balok banyok jugok pada lok gitu je..

Kalu buat gok empangan kat hulu ganu kita maka kohor takut la pulok orang nok duduk kat kawasan tu bab nya sebelum ni banyok doh hok umno buat semua runtuh belaka,retok dan macam-macam lagi.stadium ganu sampai leni senyap gitu je..pah ceroh nok siasat tapi tadok mende gok.Pah tu masjid kat kemaman di batu putih pun runtuh jugok.Baru je siap dok sampai setahun dan baru rasmi tahun lepas pun runtuh jugok.Dok tau macam mane sang kontraktor ni buat,rase macam nok untung lebih,besi suruh ubuh banyok dia ubuh sikit.Simen pulok banyok campur gan tahi kambing dan tahi lembu,macam mane nok tahan lama,lama-lama dia runtuh .

Ni nok buat empangan pulok.macam dok caye je.agaknya sape yang dapat projek ni memang untung parok,doh la balok dia dapat,taukeh cina pun untung.balok dia sapu,semua bagi kat kroni dia belaka.Mat said memang cerdik tapi dok nampok dia buat.Tnb ni ble ada permohonan dari kerajaan negeri nak buat empangan memang dia suke macam nak buat empangan bakun kat serawak,sekarang apa cerite bakun,senyap tapi balok semua dia sapu.Orang yang tinggal kat bakun dok tau pah mane leni,agoknya kne telan di bakun.

Kalu benarlah empangan nak buat di hulu ganu kita maka lebih baik halang dari buat,takut nanti tengoh orang kampung nok tido dia mari runtuh.Nok rutuh dok royak kita.Orang atas dok peduli tu semua janji dia dapat untung,balok pun dapat,zaman le ni zaman duit.Sudah jadi budaya umno,duit segalanya dalam hidup,nok mati baru tobat..ke gane..Kalu buat jugok kat ganu kita alamak orang kampung kene cari tempat tinggi ke..atas bukit takut empangan pecoh,jawabnya banjir besor pulok kat ganu kita.

Apa salohnya jika buat projek yang berkaitan dengan masalah rakyat.Ramai lagi rakyat ganu kita yang berkahwin masih lagi duk sewa rumah bb tadok tanoh nok buat rumoh,sampai bila nok sewa tapi kerajaan dok tengok ni semua.Bila masa nok mengundi barulah kelam kabut nok pecoh tanah tapi habok pun tarak.Sekarang tadok doh rumah kos rendah yang kerajaan nok buat,semuanya bagi pemaju cina,abih semua rumah jual harga mahal,baik bangunan ke mahupun rumah kedai.

Sekarang kerajaan kena tengok ni semua kalu betoi2 nak sokongan pengundi.kalu terus jugok maka pakatan akan menang dalam pru 13 ni .Leni puak2 umno tegoh buat pitih,ada projek dia sapu janji masyukkk tapi soal undi dia dok g undi pun.Dia buat harta berkarung2 sampai cucu cicit tapi mati baru dia tau,tadok orang nok sanjung dia....
Bagan Pinang milik UBN.

(terkini) Prk Bagan Pinang bertukar tangan kepada isa samad yang sebelum ini di kenakan tindakan disiplin oleh parti kerana kesalahan rasuah dan beliau digantung selama 3 tahun dan prk Bagan Pinang telah membersihkan diri beliau apabila mencapai kemenangan dengan mengalahkan calun pas.Dari riak muka mat isa beliau nampaknya gembira atas kemenangan ini yang mana sebelum ini bekas mantan perdana menteri Tun mahathir telah memberi komen terhadap isa bahawa beliau akan kalah kerana masalah rasuah tetapi sangkaan beliau memakan diri apabila isa menang dengan mudah dan ini merupakan pukulan yang hebat terhadap Tun.

Walaupun kemenangan ini berpihak pada ubn namun kemenangan ini adalah rentetan kekalahan teruk dalam 7 prk yang dimenangi oleh pakatan namun hakikatnya selepas ini akan berlaku pergolakan besar dalam kepimpinan negeri sembilan antara Mat Hasan dan kemungkinan isa akan dilantik menjadi menteri besar jika itu kehendak PM Najib.Najib banyak terhutang budi pada isa kerana kes beliau dulu dan banyak andaian bahawa isa akan menguatkan akar umbinya untuk memenangi pemilihan umno akan datang.

Semua rakyat Negeri Sembilan tahu bahawa semasa era Isa menjadi Menteri Besar selama 22 tahun beliau banyak menjual tanah melayu kepada bangsa cina dan hari ini selepas kemenangan beliau tidak mustahil perkara ini akan berulang kembali namun yang pasti Mat Hasan tidak akan berdiam diri sebab perlantikan beliau adalah atas bekas Pm Badawi dan ini menandakan usaha-usaha untuk mencantas beliau akan berlaku dan ditambah pula dengan menantu Pak Lah iaitu Khairy.Najib akan menggunakan segala kekuatan untuk mencantas team pak lah dalam kerajaan termasuk juga Mat Hasan maka Isa akan digunakan dan akan dilantik menjadi bakal Menteri Besar nanti.Suasana politik N.Sembilan akan menjadi kelam kabut jika Mat Hasan digugurkan dari jawatan.

Bagi Pakatan sendiri kekalahan ini akan memberi sinar baru pada pakatan agar persefahaman antara PKR,DAP dan PAS serasi jika sebelum ini bermacam-macam hal yang timbul antara mereka agar dijadikan iktibar makna dalam persepakatan.Isu yang melibatkan selangor,kedah dan pulau pinang akan dijadikan semangat untuk Pakatan menuju PRU 13 nanti dan bagi UBN pula kemenangan Isa bukan bermakna UBN akan merasa megah sebaliknya ia landasan untuk UBN muhasabah diri seperti slogan 1 Malaysia.

Walaupun Dun Bagan Pinang kubu kuat UBN namun Pas kena menerima hakikat bahawa kerusi itu jika ditanding oleh PKR kemungkinan menang itu ada harapan dan tidak semestinya kerusi Pas adalah hakiki.Pas tidak boleh mendabik dada walaupun kerusi yang ditandingi adalah miliknya tetapi kemenangan ubn membuktikan pengundi Bagan Pinang tidak dapat menerima calun pas jika dibandingkan calun dari PKR mahupun DAP.

Persoalan sekarang sejauh mana persepakatan yang ada sekarang dapat menjamin suasana politik yang akan menempuh Pru 13 nanti jika masalah yang sebelum yang melibatkan pas dan dap masih lagi dalam keadaan tidak sefahaman.Isu-isu dan masalah dalaman Pakatan yang dipolitikan dalam dada akhbar telah menyebabkan sedikit sebanyak sokongan pengundi berkurangan dan ini masalah besar yang harus difikirkan oleh Pakatan itu sendiri.Perbincangan harus dilakukan setiap masa dan bukan digemburkan dalam media yang dikonkong ubn.Inilah yang terjadi apabila masalah kecil tidak diatasi dengan cermat dan teratur.

Thursday, October 8, 2009

sAmsenG BagaN PInanG.

Terkejut macam tak percaya apa yang berlaku terhadap petugas pas yang semalam telah digempur oleh puak-puak samseng umno.Pelik dan hairan kenapa malaysia yang sudah 53 tahun merdeka tapi rakyat masih lagi semacam berada dialam rimba dengan melakukan perbuatan yang terkutuk sesama bangsa dan seagama.Tak lain dan tak bukan lagi kerana wang semata-mata .
Aku mengutuk sekerasnya apa yang berlaku di Bagan Pinang.Hakikatnya moral jati diri orang melayu telah hancur tanpa ada batasan yang menghalangnya.Pelik sungguh sanggup berkejar parang dan ala samseng ini memang diupah untuk survival politik umno karat.Sepatutnya hari pengundian ini merupakan satu hari macam hari raya yang kita merasakan semua rakyat berpolitik secara normal tanpa ada unsur lain namun lain yang jadi.
Alasan kekuatan umno karat yang semakin ampuh dan tidak bermaya lagi untuk menghalang cengkaman pakatan yang semakin bersemangat dalam PRK Bagan Pinang menyebabkan puak-puak umno karat semakin tertekan.Ada perbezaan berpolitik dengan negara luar dan negara kita malaysia namun cara pemimpin politik umno karat berpolitik memang menyedihkan dan sanggup melakukan apa saja seolah-olah nyawa manusia tidak membawa erti pada mereka.
Sepatutnya cara berpolitik negara kita sudah dapat menandingi negara lain namun ia masih lagi gagal kerana tiadanya kelas pemimpin yang berwawasan dan berakhlak mulia hari ini yang benar-benar dapat mengawasi tindak tanduk mereka.

Tuesday, September 29, 2009

PEMuda Umno DaN KEs DADah.

Semalam gempar satu kemaman berkenaan penangkapan 2 orang pemimpim pemuda dari bahagian kemaman atas kesalahan mengedar dadah terlarang.Memang sudah dijangka perkara ini akan berlaku sebab sebelum ini telah ada suara-suara yang mengatakan bahawa perkara ini telah lama mereka lakukan tapi tiada tindakan dilakukan disebabkan mempunyai pengaruh dengan orang politik terutama sekali pelapis bagi Menteri Besar Ahmad Said bagi kawasan kijal.

Ucapan tahniah pada Ketua Narkotik IPD Kemaman,Tuan Hamzah kerana berjaya melumpuhkan sindikit pengedaran dadah yang sekelian lama bertapak di kemaman mahupun kijal yang mengakibatkan ramai penagih muda yang tumbuh seperti cendawan musim hujan.Tuan Hamzah tidak pernah mengenal bulu dan beliau bertegas dalam soal pengedaran dadah ini tidak mengira fahaman politik dan sekuat mana pun kabel yang dipakai untuk melepaskan pengedar.

Sebut saja Tuan Hamzah,semua anggota gerun terhadap beliau kerana sebelum ini beliau telah melakukan pemeriksaan terhadap semua anggota tidak mengira dari unit mana sekalipun dan baru-baru ini beliau telah memeriksa di balai polis pasir gajah dan kijal dan mendapati ada anggota terlibat dalam menagih dadah dan diambil tindakan.Begitu juga onggota bawahan narkotik yang terlibat juga diambil tindakan termasuk juga anggota yang memberi maklumat pada pengedar telah diambil tindakan dan di beri amaran.

Timbalan Ketua Pemuda Kemaman yang ditangkap ini merupakan anak didik Menteri Besar Trengganu yang bakal dilantik menjadi Ketua Pemuda Umno nanti dan penangkapan ini merupakan tamparan hebat pada kepimpinan Pemuda Umno Kemaman yang selama ini memfokuskan pada pelapis yang bersih dan bermoral.Maklumat juga telah menunjukkan budaya hidup yang tidak munasabah pada Tim Ketua Pemuda ini dan sepatutnya penangkapan beliau dibuat sebelum raya baru ini tapi atas sebab teknikal,polis telah menyerbu rumah beliau dikijal selepas raya atas maklumat orang ramai.

Sebelum ini telah berlaku adengan tembak menembak dengan penjenayah di kijal yang melibatkan kematian dan seorang lagi cedera akibat ditembak oleh polis.Mangsa yang terlibat adalah dari Kg Bukit Kuang dan Binjai yang baru sahaja keluar dari penjara atas kes rompakan.Penjenayah yang terlibat ini berumur 20 an dan rompakan beliau adalah set komputer,laptop dan telefon bimbit dan dijual dengan harga yang murah.

Sunday, September 27, 2009

ISLam Dan PENcegahan Rasuah.


Rasuah..rasuah...rasuah...inilah perkara mahupun kes yang selama ini belum dapat diatasi lagi hingga ke hari ini walaupun bermacam-macam cara dan hukuman dilakukan namun ia masih lagi menjadi barah dalam kehidupan dan sistem yang ada di Malaysia.Dalam usaha menggalakkan pencegahan rasuah,Islam sebagai al-din dapat berperanan dalam berbagai macam bentuk seperti nilai-nilai moral yang diajar islam diharapkan dapat memberikan jawaban terhadap usaha mencegah rasuah dan untuk ini perlu dilakukan penafsiran semula terhadap nilai-nilai moral yang diajarkan islam.Dari sini diharapkan agar persoalan rasuah menjadi teras kajian-kajian nilai-nilai moral dalam islam.

Rasuah diMalaysia telah memasuki tahap sistematik.Ia telah merebak sehingga ke sendi-sendi kehidupan masyarakat.Lebih berat lagi persoalan rasuah ini adalah persoalan persepsi dan kesedaran masyarakat mengenai rasuah.Pencegahan rasuah ini bukan sahaja melalui politik dan undang-undang malah mesti disertakan dengan kesungguhan untuk mengubah persepsi masyarakat umum mengenai rasuah.

Hari ini salah satu puncanya mengapa masyarakat permisif terhadap rasuah adalah kerana masih terdapat sejumlah nilai-nilai yang tidak kondusif bagi mencegah rasuah.Ini berlaku terutamanya pada nilai-nilai yang membentuk perspektif masyarakat dalam kehidupan seharian.Faktor-faktor budaya kepenggunaan boleh menjadi sebab mengapa rasuah dianggap sebagai sesuatu yang sah.Sebab lainnya kerana tekanan pada struktur sosial-politik,yang telah mengakibatkan orang terdorong untuk melakukan rasuah.Tekanan ekonomi,birokrasi yang sering berubah menjadi institusi pemeras,media yang terkonkong,penegakan undang-undang yang tidak menyeluruh dan kurangnya ketelusan oleh kerajaan adalah beberapa sebab yang mengakibatkan rasuah terus menerus menjadi.

Untuk itu kita harus mencegahnya melalui pembabitan semua pihak satu prasyarat yang perlu diutamakan dan ia tidak akan berhasil tanpa dukungan masyarakat maka oleh itu masyarakat harus memainkan peranan dalam membangun gerakan sosial anti-rasuah terutama sekali pada tokoh-tokoh ugama.Pembabitan tokoh agama adalah penting dalam usaha mencegah rasuah kerana ia akan memberi motivasi dan dorongan yang kuat bagi masyarakat untuk bersama-sama dalam proses tersebut.

Ada beberapa sebab yang menyumbang pada amalan rasuah ini.Pertama,Konsep manusia tentang kebahagiaan mengalami pertembungan paradigma yang kemudiannya menentukan sikap seseorang manusia dalam menghadapi kehidupannya.Ia merupakan suatu perubahan yang terjadi akibat dari pertentangan ideologi yang dianuti oleh sesuatu bangsa.Sebagai contoh,penerapan sistem kapitalisme dipeluk erat oleh sekelompok orang islam secara membabi buta dan dalam masa yang sama mereka lupa bahawa mereka seharusnya bertindak mengikut hukum islam yang mereka anuti.Dalam masyarakat yang menyunjung tinggi materialisme,kebahagiaan diukur dari jumlah nilai kebendaan yang dapat dikumpulkan dan dimiliki dan hari ini kita lihat dalam masyarakat segala sesuatu diukur dengan wang.

Maka oleh itu segala kebahagiaan,kehormatan,status sosial,kesejahteraan dan segala nilai kebaikan diukur dengan nilai kebendaan.Akibatnya segala cara dihalalkan untuk mendapatkan wang sebanyak-banyaknya tanpa mempedulikan apakah wang yang diperolehi adalah dengan cara yang halal mahupun haram.Ia juga bakal mempengaruhi individu masyarakat dan bukan setakat pegawai kerajaan saja.

Keduanya,sumbangan faktor individu pada dasarnya tentang 'buah' dari sebuah sistem.Sesebuah sistem merancang pembangunan peribadi individu masyarakatnya seperti dalam masyarakat kapitalis.Sistem kapitalisme yang diterapkan ketika ini mengajarkan konsep pemisahan agama dari urusan kehidupan.Seseorang hanya boleh membawa agama di dalam kehidupan secara individu,sebaliknya ketika mengatur urusan negara,agama diketepikan atau setakat dijadikan alasan bagi menjustifikasikan sesuatu keputusan.Suasana keimanan diabaikan dalam sistem kapitalisme.Bentuk hukuman yang lemah juga menjadi punca tidak berkesannya pembenterasan barah rasuah ini.Bentuk hukuman yang memilih-milih sering menjadi penghalang dari terbenterasnya ikan jerung dengan menjadikan ikan bilis sebagai kambing hitam.Sudah pasti pokok yang rosak akan mengeluarkan buah yang rosak,begitu juga dengan sistem yang rosak maka sudah pasti akan menghasilkan berbagai penyakit yang akan merosakkan masyarakatnya.

Atas dasar hukum-hukum tersebut islam mengubati barah rasuah ini dengan mewujudkan sistem pengawasan diri dikalangan para pegawai mahupun pekerja dan mesti di dahului dengan sifat ketaqwaan.Hakikatnya seseorang yang benar-benar muslim tidak akan melakukan rasuah,tidak akan mahu memberikan rasuah,tidak akan mencuri,tidak akan melakukan khianat,tidak akan melakukan kezaliman dan tidak akan menipu kerana mereka tahu bahawa Allah sentiasa mengawasi dirinya dan menuntut pertanggungjawaban keatas setiap kejahatan,yang kecil mahupun yang besar.Kenyataan pemerintah atau pegawai kerajaan yang tidak memiliki sifat taqwa kepada Allah serta tidak takut pada pengawasanNya secara luaran dan dalaman tidak boleh dinafikan maka pemerintah atau kakitangan yang demikian pasti bersikap menindas rakyat dan bertindak dengan sewenang-wenangnya.

Benci pada amalan rasuah ini akan dapat dihayati dalam diri sekiranya diajar dan dididik sejak zaman persekolahan lagi.generasi yang dididik benci rasuah akan membesar menjadi individu yang lebih bertanggungjawab,amanah,ikhlas.Sistem pendidikan ini akan membentuk generasi akan datang yang bebas daripada rasuah.Prosedur pemprosesan yang panjang,sukardan lambat perlu diperkemaskan dan dipermudahkan dengan menggunakan kelebuhan ICT.Penggunaan borang,proses temuduga dan seumpamanya perlu diringkaskan supaya tidak membebankan orang ramai khususnya para peniaga,kontraktor dan pelabur.Proses yang mudah dan telus ini akan dapat menghindari bahaya rasuah kerana tidak perlu disogok semata-mata untuk mempercepatkan proses.

Friday, September 25, 2009

Musa Hasan (kpn)kalut.


Semalam dalam berita tv3,KPN Musa Hasan mengeluh kerana kes kemalangan jalanraya menjelang hari raya semakin meningkat walaupun berbagai peraturan dan saman dikeluarkan namun statistik menunjukkan kemalangan tetap juga bertambah dan komen Musa dalam hal ini walaupun hukuman gantung dikenakan terhadap pemandu namun statistik tetap menunjukkan kemalangan tetap juga akan berlaku dan ini merupakan satu jenayah pada pengguna yang lain.

Yang peliknya sejak Musa menerajui agensi penguatkuasaan ini bermacam-macam trajedi yang melibatkan imej negara semakin tercalar jika dibandingkan dengan bekas Ketua polis yang sebelum ini.Semua rakyat sudah tahu akan perjalanan beliau dari seorang pegawai penyiasat terus melonjak naik sebagai Ketua polis negara dan ini gara-gara terimakasih terhadap beliau atas kapasiti melakukan yang terbaik dalam kes DSAI berkenaan kes liwat ketika era Tun Madey.

Isu moral yang melibatkan beliau dengan kongsi gelap,ceti haram dan hubungan dengan taukeh-taukeh besar termasuk melindungi ahli-ahli politik menyebabkan perlantikan beliau tidak disenangi oleh peringkat bawahan dalam pdrm termasuk penyambungan secara kontrak untuk tempoh yang belum dipasti lagi.

Kes jenayah yang semakin menjadi-jadi diera Musa menyebabkan malaysia di syaki menjadi trandit utama bagi penjenayah melindungi diri.Kes rompakan semakin berterusan sejak akhir-akhir ini.Walaupun kita tahu Musa adalah dari golongan keluarga yang disegani namum kerana kuasa dan pangkat segalanya diketepikan dan terbaru beliau akan guna apa cara sekalipun untuk memenjarakan DSAI untuk kali kedua dalam kes liwat yang dalam perbicaraan dimahkamah.

Ramai lagi pegawai polis yang berkelayakan untuk menduduki jawatan KPN ini namun atas dasar politik yang caca merba menyebabkan ada pegawai yang bersara seperti menunggu bulan jatuh ke riba.Perlantikan ketua-ketua polis yang ditentukan oleh tangan-tangan ghaib dan taukeh besar menyebabkan intergriti pegawai polis tercemar dan memalukan negara.

Boleh dikatakan sejak Musa mengambil alih jawatan ini bermacam-macam hal dan karenah berlaku jika dikira zaman Norian Mai,Bakri adalah zaman terbaik untuk menambahbaikan PDRM namun ini hanya sia-sia saja dan era Najib akan menjadi bertambah kusut lagi kerana survival politik bagi pemimpin politik menentukan masa depan mereka bergantung pada Musa Hasan.Rasuah dalam perkhidmatan PDRM juga gagal diatasi dan slogan yang dipakai oleh anggota polis juga gagal menunjukkan masalah ini dapat diatasi.

Musa banyak retorik demi menunjukkan ketegasan beliau seperti soal PKFZ yang hangat diperkatakan dalam akbar dan internet.Beliau mahu mengheret mana-mana pemimpin yang membocorkan maklumat PKFZ yang dianggap sebagai OSA.Namun adakah beliau berani melakukan semua ini dan andaikata ia berlaku ia hanyalah retorik untuk mengelabui mata rakyat dalam PRK Bagan Pinang nanti.Banyak laporan polis dibuat yang melibatkan pemimpin Umno Bn namun ia hanya sia-sia sebaliknya pemimpin pembangkang yang di bawa ke mahkamah.

Sikap double standard inilah menyebabkan apa yang berlaku dalam negara kita menjadi tidak ketentuan kerana ketamakkan kuasa dan menggunakkan kekerasan terhadap rakyat malaysia seperti apa yang berlaku dalam banyak kes demo secara amam yang berlaku.Akta Polis digunakan sewenang-wenangnya padahal Perlembagaan malaysia lebih tinggi dari Akta Polis.Ini membuktikan urusan politik telah mengambil alih dalam pengurusan PDRM disebabkan mahu melindungi mereka-mereka yang bersalah.

Hari ini rakyat merasa bosan dengan apa yang berlaku dalam negara kita dengan jenayahnya,rompakan,dadah dan pembunuhan yang semakin menjadi-jadi namun semakin hari ia semakin berleluasa dengan setiap hari ada saja yang berlaku terpampang dalam tv dan akhbar namun ia masih juga berlaku walaupun bermacam-macam hukuman dilakukan.Bab kata semua penjara di malaysia belum cukup lagi nak menampung penjenayah.

Puncanya adalah sikap orang atasan seperti juga sikap pemandu jalanraya yang tidak mempunyai nilai-nilai hidup dan tidak sabar maka berlakulah perkara yang tidak diingini seperti apa yang terjadi hari ini dengan kejadian yang membingungkan rakyat malaysia disebabkan amalan rasuah yang berleluasa sehingga menjadi barah pada negara.Rakyat mahukan agensi penguatkuasaan ini menjadi seperti dahulu yang benar-benar menjaga keamanan negara dan melindungi rakyat yang dalam kesusahan.

Friday, September 18, 2009

Bangsawan Bergaduh???

...........Kah.....kah....kah......kah.........kerabat raja johor dengan nogeri...
wakaka......wakaka....kelakau.....jarang dgr raja gaduh.......
........raja anak mutusamy ....kah...kah...kah....
apa nak jadi......raja mau jadi raja......raja gopal.....kah..kah...kah...
....setahun dah buat report.....polis takut nak ambik tindakan....musa hasang.....
....kah...kah...kah....musa hasang ape ceriteee......wakaka...wakaka....
Undang-undang tak kira raja.....woitt....woitt...peguam negaraaa....ape cite...
wooiii....kalu orang bawahan gaduh cepat-cepat kena tangkap.......
....apa sudah mau jadi woiiii.....
.....jeng...jeng...jeng....sekarang baru dia tau....hishamuddin apa cita....
....hang orang johor....hang tak berani.....hang takut.....woitt...woittt....
...Tengku majid hang tak kenal kaaa.....mber hang kaaa.....
polis sudah mau jadi raja.....musa hasang......kah...kah...kah...
baru dia tau.....langit tinggi rendah.....